Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sansekerta iaitu buddhayah,
yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai
hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut
culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau
mengerjakan. Ia juga diertikan sebagai
mengolah tanah atau bertani.
Dalam kehidupan seharian, orang ramai sering bertemu dengan perkataan
budaya atau kebudayaan. Ini kerana budaya
atau kebudayaan tidak dapat dipisahkan dengan diri seseorang sejak
dilahirkan. Mengikut Kamus Dewan (1993),
kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan
kemajuan. Kebudayaan boleh dicirikan
sebagai:
<!--[if !supportLists]-->(a)
<!--[endif]-->Cara-cara hidup yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesebuah
masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->(b)
<!--[endif]-->Berkait rapat dengan kemajuan masyarakat.
Dengan mencipta kebudayaan, manusia dapat melindungi daripada ancaman
dan malapetaka.
SEKOLAH
Sekolah
(daripada Bahasa
Greek σχολεῖον
- scholeion) merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan ilmu
kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah
moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi
maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah
biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru
untuk mendidik dan membimbing pelajar.
Biasanya
seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula
dari tadika,
sekolah
rendah, sekolah
menengah dan akhirnya ke universiti.
Namun
demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang.
Misalnya di Amerika
Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana
pelajar tersebut boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga dikenali sebagai
home-schooling.
Kebanyakan
negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem
ini, pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini
berbeza di setiap negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah
menengah yang masing-masing dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang
sudah tamat pendidikan rendah, disenaraikan.
1.1
Sekolah-sekolah di Malaysia
Di
Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah
seperti:
<!--[if !supportLists]-->·
<!--[endif]-->Sekolah
pondok - sekolah agama di kampung
<!--[if !supportLists]-->·
<!--[endif]-->Sekolah
atap - sekolah kampung yang beratap
daun nipah.
<!--[if !supportLists]-->·
<!--[endif]-->Sekolah
bestari - sekolah moden dengan infrastruktur yang
bagus
<!--[if !supportLists]-->·
<!--[endif]-->Sekolah
berasrama penuh - sekolah menengah untuk pelajar yang pintar dan ia
ditaja oleh kerajaan
- Sekolah khas - sekolah untuk pelajar istimewa.
DefinisiBudaya sekolah dan iklim
sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan
struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara
pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim
sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk
yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan
persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk
kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.
1.BUDAYA SEKOLAH
1.BUDAYA SEKOLAH
Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This
inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."
Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality."
Roucek dan Warren (1979) melihat kebudayaan adalah satu cara hidup yang
dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya
untuk hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pola
organisasi sosial, cara tingkah laku yang dipelajari, ilmu pengetahuan,
kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang dalam pergaulan manusia. Oleh itu, kebudayaan adalah sumbangan manusia
kepada alam sekelilingnya.
Manakala Noran Fauziah (1987) merumuskan budaya sebagai satu takrifan
yang komprehensif bahawa kebudayaan itu dipelajari dan diturunkan kepada
generasi baru secara artifak, ilmu pengetahuan, kepercayaan, nilai dan harapan
masyarakat yang memberi panduan kepada ahli-ahlinya tentang bagaimana menghadapi
masalah.
Sharifah (2000) memetik pendapat Reid dan Holly (1988), melihat budaya
sekolah ialah hasil daripada cara individu di sekolah berinteraksi, bagaimana
mereka berkelakuan antara satu sama lain dan harapan mereka untuk hidup dengan
harmoni antara satu sama lain. Budaya
sekolah juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hidup warganya dari segi
kemajuan akademik, sosial dan personal yang dicapai oleh individu di
sekolah.
Seperti mana yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh ini, kita dapat lihat
bahawa budaya adalah sesuatu yang diwarisi atau diperturunkan dari satu generasi
ke generasi seterusnya. Agen yang
memperturunkan budaya itu mungkin masyarakat itu sendiri dan sekolah. Sekolah sebagai satu agen penting yang
ditubuhkan masyarakat demi penerusan budaya kepada generasi baru akan memainkan
fungsinya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakatitusendiri
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial.
Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati, Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial.
Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati, Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
1.1 Ciri-ciri Budaya
Sekolah
Parson telah menetapkan tiga ciri budaya sekolah yang berbeza-beza
antara satu sama lain. Ciri-ciri itu
ialah:
<!--[if !supportLists]-->(a)
<!--[endif]-->Ciri budaya instrumental – dalam ciri ini, pendidikan ditumpukan kepada kepentingan masa
depan. Kawasan sekolah adalah kawasan di
mana aktiviti-aktiviti mengambil atau mengumpul pengetahuan, kemahiran dan
sahsiah dijalankan. Perkara ini penting
kerana matlamat akhir persekolahan adalah kelulusan atau lulus dalam peperiksaan
yang diduduki. Sekolah juga menjadi
tempat melatih warganegara yang baik melalui pembentukan sahsiah pelajar yang
tinggi.
<!--[if !supportLists]-->(b)
<!--[endif]-->Ciri budaya eksresif – dalam ciri ini, sekolah dilihat untuk memberikan kepuasan kepada
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kreativiti dan kesenian. Perasaan tegang akan hilang dengan menyertai
aktiviti-aktiviti seni atau melakukan sesuatu yang melibatkan kreativiti. Namun begitu, dalam sekolah yang sebegini
tiada usaha untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajarnya. Kreativiti dan kesenian pelajar dilihat
sebagai bakat semula jadi.
<!--[if !supportLists]-->(c)
<!--[endif]-->Ciri budaya moral – sekolah yang memiliki ciri ini akan memberikan penumpuan kepada usaha
menyatukan kumpulan-kumpulan pelajar menerusi perkongsian. Perkongsian yang dimaksudkan di sini ialah
perkongsian idea tentang nilai yang betul dan salah. Di dalam kawasan sekolah, hukuman atau dendaan
akan dikenakan ke atas tingkah laku yang salah dan pujian ataupun ganjaran akan
diberikan kepada tingkah laku yang baik.
Matlamat akhir adalah melahirkan pelajar-pelajar bermoral. Pelajar-pelajar bermoral ini mampu membuat
pertimbangan terhadap perkara yang betul dan yang salah.
Di Malaysia, tumpuan sekolah-sekolah adalah ke atas budaya instrumental
dan budaya moral sahaja. Budaya eksresif
mungkin di sekolah-sekolah swasta yang menumpukan kepada pendidikan muzik dan
kesenian. Orientasi peperiksaan yang
ditekankan di sekolah-sekolah di negara kita telah menyebabkan budaya
instrumental begitu ketara sekali. (Ting Len Siong & Dr. Hj Muhammad Sidek
Said)
3. IKLIM SEKOLAH
Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan
nyaman, sesuai untuk proses
pengajaran
dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah
yang
berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam
kajian
iklim
sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan
personaliti
seseorang
individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk
mencapai
tahap
organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard
(1974)
mendefinisikan
iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah
itu
yang
mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat
Perkembangan
Ciri
Iklim Sekolah Berkesan
Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah
sebagai suasana sekolah yang
baik
di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra,
riang
dengan
pembelajaran yang lancar.
Memandangkan faktor iklim sekolah turut
membantu mewujudkan sekolah
yang
berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah
mengetengahkan
beberapa
ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka
lakukan.
Mengikut
Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan
mempunyai
ciri-ciri
berikut:
(1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan
berkeyakinan,
(2)guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil
perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,
(3)
pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta
bertimbang
(4)
pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
Abdul
Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah
yang
berkesan
mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama
pelajarnya
yang
berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga
mampu
mengurangkan
perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga
boleh
mewujudkan
kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di
antara
sekolah
dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna
bagi
pelajar-pelajarnya.
Sesebuah
sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak
sempurna
sekiranya
tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah,
khususnya
jika
majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya
adalah
beragama
Islam. Ini bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam
muqaddimah
buku
Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah
sekolah
bukan
sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru
dan
pelajarnya
yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa
sekolah
berkenaan
ke puncak kejayaan.
Menurut
Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri
keislaman
yang
sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan
melahirkan
kasih
sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan
yang
membawa
kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid. Selain
itu,
pengetua
yang memimpin guru-guru, menjadi penyeru kepada kebaikan
dan
mencegah
kepada kemungkaran serta menjadi pencetus, penggerak dan
pembina
tamadun
Islam.
Mengikut
pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah
hendaklah
berusaha
mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai
akidah
dan
berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti
dan
berusaha
untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih
tinggi,
iaitu
mencari keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk
menggembirakan
warga
sekolah, ibu bapa dan guru. Sebahagian daripada budaya ini
adalah
bersifat
muraqabah, iaitu merasa Allah sentiasa memerhatikan perbuatan
mereka
untuk
dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, jika setiap warga
sekolah
daripada
pengetua, guru, kakitangan sokongan sehingga kepada
pelajar-pelajar
menghayati
nilai-nilai akhlak ini, pasti sekolah berkesan dari sudut disiplin
akan
wujud
dan kurang keperluan kepada pengawasan. Bagaimanapun, melihat
realiti
insan
yang mempunyai nafsu, memang masih perlu juga pengurusan
sekolah
memantau
kegiatan dan perilaku murid-murid, khususnya akhlak mereka
yang
perlu
sentiasa dinasihati dan dibimbing.
Dziauddin
(1999) pula mengatakan suasana persekitaran pendidikan
yang
menekankan
kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan
pemantapan
rohani
serta iman sebagai satu pakej yang mantap. Oleh itu,
persekitaran
sekolah
yang selesa daripada aspek rohani, emosi dan kemasyarakatan
sebegini
boleh
mengukuhkan aqidah dan akhlak keislaman yang berasaskan ilmu
yang
benar,
amanah, ikhlas dan menghormati masalah umum, bekerjasama dan
ketaatan
tanpa
melibatkan derhaka kepada perintah Allah. Suasana kerja seperti
ini
akan
membina semangat kerja yang kuat ke arah mempertingkatkan
motivasi.
Menurut
Mahi Din (1998:2), dengan timbulnya suasana yang harmonis
dalam
hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama
manusia
berasaskan
ajaran tauhid, manusia akan dapat memahami hakikat budaya
ilmu
dengan
baik dan dapat mengekalkan identiti dan fungsi yang sebenar, iaitu
ilmu
sebagai
alat yang boleh membawa kepada kebenaran. Justeru, iklim dini
di
sekolah
merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan bersepadu
meliputi
tiga
dimensi utama insan, iaitu rohani, intelek dan jasmani bagi
membolehkan
para
pelajar dan guru mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam
semua
aktiviti
di sekolah dan juga meningkatkan motivasi warga sekolah.
Kesimpulannya,
kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah
menunjukkan
iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
bermotivasi
dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang
lebih
baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78)
menegaskan
bahawa
iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah.
Banyak
kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait
yang
rapat
antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik,
guru
dan
murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran akan berjalan dengan baik.
3.1 Perhubungan InterpersonalBerdasarkan instrumen profil iklim sekolah,
guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru
mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah
tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam
meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi
pelajar di sekolah itu.
3.2 Pengajaran dan PembelajaranPengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.
3.3 Kepimpinan PentadbiranPengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..
3.4 Kemudahan FizikalPelajar dan guru di sekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
3.5 Pencapaian PelajarPencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran. Pelajar digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan.
Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu beri keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.
3.6 Disiplin SekolahPelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.
Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sndiri. Kadang kala masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan prestasi pencapaian pelajar yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan
4. PEMBENTUKAN BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAHBudaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;
4.1 Menghargai permuafakatanSemua
guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi.
Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri
sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat
masalah orang lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan
bantu-membantu sesama staf.
4.2 Mengamalkan nilai kesejawatananDi dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah
4.3 Guru-guru berkeyakinan tinggiGuru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.
4.4 Ada komitmen yang tinggi
Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-orang yang berkomitmen yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.
4.2 Mengamalkan nilai kesejawatananDi dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah
4.3 Guru-guru berkeyakinan tinggiGuru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.
4.4 Ada komitmen yang tinggi
Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-orang yang berkomitmen yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.
5.
CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
(i)
Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan
murid-muridnya.
(ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
(iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
(iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
(v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.
(vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
(vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.
(ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
(iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
(iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
(v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.
(vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
(vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.
6. USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJADIKAN BILIK DARJAH KONDUSIF
Pengenalan
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia
juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik di sekolah di mana
sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata
pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah
tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan
berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.
6.1
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan
bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah
agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.
Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak
fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar dan guru.
Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku
yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan-
keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang
berkesan.
Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan
sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana
persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
1) Manusia.
Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan
perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling
interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka.
2) Kebendaan.
Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di
dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi,
meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah.
Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap
pembelajaran.
3) Operasi.
Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru
dan murid dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin
aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan
sempurna.
7. ASPEK-
Terdapat empat aspek utama dalam
pengurusan bilik darjah iaitu :
7.1 Iklim dan persekitaran bilik darjah.
Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim
fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik
darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal
mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana
fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.
Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan
organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn
tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai
perabot lain dengan sempurna.
Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran
tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan
kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang
sedemikian.
Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi
mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim
dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan
murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan
diurus dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim
yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan
yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung
ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik
antara mereka dengan guru dan sesama mereka.
Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik
darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan
kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran.
Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan
fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah
tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara
penting harus diawasi oleh guru.
a) Meja guru.
Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah.
Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai
semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru
jelas kelihatan dari pintu darjah.
b) Kerusi dan meja murid.
Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia
juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat
duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur
lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin,
kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan
keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.
Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza
kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini
ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan
murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu
berseorangan.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah
merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru
mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa,
mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan
pembelajaran.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu
memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk
mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan
suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu
cara yang dapat memotivasikan pelajar.
7.2 Aspek komunikasi dalam bilik darjah.
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan
bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah.
Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui
tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan
murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam
pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya
murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat
Pengurusan
hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan
oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan
bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada
guru kepada muridnya.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin
pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran
berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik
darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh
kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid,
perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak
akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau
bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya
oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di
papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah
berlaku.
Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses
untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses
komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah
pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah
berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.
Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki
kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:
a) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki
komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana
yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan
untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun
pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.
b)Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik
darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu
menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan
bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin
akan berlakunya penyalahan tafsiran.
c)Kesediaan
untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima
maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat
di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk
mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk
proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka
sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk
mendengar.
d)Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif
dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain,
termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung
perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu
lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati
muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik
darjah.
e)Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya
berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi
yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam
sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok-
kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri
mengikut keadaan.
Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia
melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan
profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak
kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan
mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan,
penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian
sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai-
kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.
Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu
menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.
a) Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses
pengajaran.
Di dalam proses pengajaran, guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk
menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid-
murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani
sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid
belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka
melakukan percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru
sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani
dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam
kelas.
b)Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.
Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai
untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih
kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan
dapat dicapai.
<!--[if !supportLists]-->§
<!--[endif]-->Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang
diajar dalam bilik darjah.
<!--[if !supportLists]-->§
<!--[endif]-->Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan.
Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran
murid- murid.
<!--[if !supportLists]-->§
<!--[endif]-->Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir
dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.
<!--[if !supportLists]-->§
<!--[endif]-->Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk
mencapai kejayaan.
Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah
pengajaran dalam kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan
dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya.
Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah
kaedah hafalan, syarahan, dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita
dan sebagainya.
c)Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman
murid-murid.
Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan
kesan kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan
pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan
dengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan
bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka
alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
d)Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan
individu.
Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara
invidu murid. Ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang
yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada
tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar
belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin.
Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah
pengajaran bagi semua murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu
guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya
objektif dapat dicapai.
Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan
pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan
mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan,
bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain.
Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada
modul.
Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa
atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran
tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal
pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga
tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada beberapa
langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus
pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang
sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk
memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh
guru.
Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan
pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah
adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran
pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah
disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah-
masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah
bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah.
Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud
hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud
latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur
supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan
ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima
umum.
Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca
berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan
tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses
seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan
dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam
masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal,
pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan
hubungan dengan masyarakat.
Punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:
a)Guru kurang berfungsi.
Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting
dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang
progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat
samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan
menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid.
Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia
ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah
disiplin.
b) Wujud kumpulan
tertentu.
Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan
wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang
mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan
murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri
mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah
disiplin yang lain.
c) Pengajaran dan pembelajaran
yang kurang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang
pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan
guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid-
murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang
menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah
disiplin.
d) Halangan komunikasi.
Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik
darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman
mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang
positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah
diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang
pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah
didalam bilik darjah.
a) Ganjaran perlakuan yang
baik.
Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah
akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan
baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah
dan berkesan.
b) Penggunaan bahasa
isyarat.
Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang
tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung
atau menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat
tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.
c) Mempelbagaikan kaedah
pengajaran.
Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana
mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu
sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu
berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan
keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti
pengajaran guru.
d) Gunakan kaedah
kaunseling.
Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan
mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan
latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah
tersebut.
7.4.2 KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN.
Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan
bilik darjah dengan kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid
adalah hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar
dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan
menyelesaikan tugasan.
Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan
bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru,
iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran
mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat
faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik.
Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan
dengan perlakuan negatif murid.
Kedua, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran
kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan
tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif
didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut.
Perkara ini memerlukan imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui
perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan
kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik
sekiranya diamnfaatkan secara berkesan.
Ketiga, pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan
seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan
pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai.
REFLEKSI:
Budaya bilik darjah yang kondusif, mementingkan aspek nilai-nilai murni,
hubungan yang mesra di antara sesama murid dan murid dengan guru, budaya belajar
yang ceria, menyeronokkan dapat meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan
inovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat,
yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. Selain
dari itu, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang
dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik
untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang
berkualiti.
Guru yang bercita-cita untuk
menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak
hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberangsangkan, kecekapan dan kemahiran
pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran,
mencorakkan tingkah laku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan
sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang,
perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan.
Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran
dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang
menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas di samping
memiliki guru yang berkualiti. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan
ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di
dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi
hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka. Disiplin yang baik berpunca
daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan
keterlibatan. Selain itu, disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai
di kawasan sekolah dan seterusnya mewujudkan bilik darjah yang
kondusif.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah
baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan
tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan
alatan.Tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi
dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, bekerjasama serta hubungan
yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan guru
berperanan sebagai pembantu penyelesaian
masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Guru yang berkualiti mempunyai
wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang
dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.
Guru yang berwibawa sentiasa
berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara
perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan
padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.
Tugas guru bukan sahaja mendidik
malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah
melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan
akhirat.
Oleh itu, semua guru dan bakal
guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah
dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.
Pengurusan sekolah yang cekap
akan merangsang budaya dan iklim sekolah yang sihat. Iklim dan budaya sekolah
yang sihat akan menjadikan sesebuah sekolah itu sentiasa maju ke hadapan.
Kesungguhan pihak sekolah dalam aspek ini akan mewujudkan satu suasana sekolah
yang harmoni. Keadaan ini akan merangsang para pelajar untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita masing-masing.
Peranan guru kelas pula ialah
sentiasa berusaha dengan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menjadikan
kelas yang mereka pegang mencapai taraf kelas yang kondusif. Kelas yang kondusif
akan menjadikan para pelajar lebih tekun belajar dalam situasi yang tenteram.
Kelas yang kondusif akan menyeronokkan pelajar belajar di dalamnya sepanjang
sesi persekolahan berlangsung. Impak yang paling diharapkan ialah supaya masalah
ponteng sekolah di kalangan murid-murid dapat diatasi. Ini dalah kerana
murid-murid akan berasa dihargai dan sentiasa bermotivasi ketika berada di
sekolah.
RUJUKAN:
- Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan
Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib.
- Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
- Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan
Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
- Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan,
Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
- http://dukeamienerev.blogspot.com
- Leonard
M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal &
Aplikasi Praktikal, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.
- Sharifah
Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala
Lumpur: Helnemann Asia.
- http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjah-yang.html
- http://openpdf.com/ebook/budaya-sekolah-pdf.html
- http://www.pdfqueen.com/pdf/pe/pengertian-iklim-dan-budaya-sekolah/
- http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf
- http://rapid4me.com/?q=ciri+bilik+darjah+kondusif
No comments:
Post a Comment