TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA, KERANA ILMU ITU PELITA HIDUP

Wednesday 14 March 2012

Teori Kedatangan Islan Ke Nusantara

Tamadun Islam Suatu Gambaran Umum

Pendahuluan.
Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Kajian demi kajian telah dilakukan dan sehingga hari ini, masih lagi terdapat penemuan baru dalam tamadun Islam yang belum disingkap oleh masyarakat moden. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun dan maju.

Dalam ruangan ini, saya cuba membincangkan beberapa ciri-ciri tamadun Islam yang telah berjaya membina tamadun unggul tersebut. Rangkaian ciri-ciri ini telah dapat menghasilkan satu tamadun yang boleh dilihat dengan jelas pengaruhnya hingga ke Eropah, seluruh benua Asia dan Afrika.

Kajian ini mengetengahkan pendapat-pendapat dan hasil kajian sarjana-sarjana Islam dan juga sarjana-sarjana bukan Islam terhadap tamadun Islam. Ringkasnya ia berpandukan sejarah dan bukan rekaan semata-mata. Selain itu ia juga merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.


Tamadun Islam.
Tamadun Islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat Islam berlandaskan ciri-ciri Islam. Penekanan dalam pembinaan tamadun Islam adalah merangkumi aspek spiritual, material dan intelektual. Ringkasnya Islam merupakan sebuah tamadun yang bersifat ‘Multi-dimensional’.[1]
Terdapat beberapa ciri tamadun Islam yang menjadikan tamadun ini cemerlang dan unik. Berdasarkan tajuk ini, kita akan membincangkan ciri-ciri tersebut dengan lebih mendalam.

Ciri-ciri Tamadun Islam.
Beberapa ciri yang bersifat membantu untuk mencapai matlamat tamadun Islam ialah:

Penggunaan Tulisan.
Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun Islam. Ia mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat. Penggunaan tulisan berkait rapat dengan penggunaan bahasa iaitu bahasa Arab. Profesor Madya Dr. M.A.J. Beg telah mengemukakan beberapa pendapat sarjana barat dan Islam tentang bahasa Arab ini.
J.S. Badeau mengatakan bahawa tidak siapa yang dapat meragui tentang perpaduan di antara bahasa Arab dengan tamadun Islam. Malah kedua-duanya telah bersatu sebagai satu sebatian. Sebab itulah pencapaian bangsa Arab lebih dikenali sebagai tamadun Islam dan pemikiran Arab.[2]

M. Nizamuddin pula menjelaskan bahawa tamadun Islam telah diresapi oleh bahasa Arab. Di mana boleh dikatakan semua bidang tamadun Islam telah diresapi oleh bahasa Arab seperti filologi, kamus, fonetik, tafsir al-Quran, ilmu persejarahan, nahu, surat-menyurat, sejarah, akidah, hadis, tasauf, falsafah, akhlak, matematik, astronomi, astrologi, muzik, mekanik, sains-sains natur, perubatan dan lain-lain ilmu seni.[3]
Syeikh Inayatullah mengatakan bahawa untuk memperingati tamadun yang agung di dunia ini iaitu tamadun Islam, maka perlu diadakan kelas bagi mempelajari bahasa Arab kerana bahasa itulah merupakan alat bagi menyampaikan seseorang untuk menikmati tamadun Islam.[4]
H.A.R Gibb juga memberikan pendapat yang lebih kurang serupa dengan Syeikh Inayatullah yang mengatakan bahawa untuk memahami tamadun Islam yang merupakan satu sumbangan yang teragung kepada dunia, seseorang itu mestilah mendalami bahasa Arab.[5]
Menurut J. Schacht, tamadun Islam mempunyai bahasa rasminya sendiri. Bahasa itu ialah bahasa Arab. Bahasa Arab juga adalah merupakan asas kepada kesusasteraan umat Islam yang merupakan salah satu ciri utama tamadun Islam. Bahasa Arab yang bertanggungjawab mengabadikan tamadun Islam.[6]
G.E Von Grunebaum beranggapan bahawa bahasa Arab adalah merupakan lambang bahasa tamadun umat Islam. Ia juga adalah merupakan identifikasi kepada umat Islam dan bangsa Arab sendiri. Bahasa Arab juga dikatakan sebagai lambang kepada keunggulan bangsa Arab sebagai bahasa manusia terbaik. Merekalah yang bertanggungjawab menjadikan bahasa Arab sebagai perhiasan tamadun Islam.[7]
F.W. Fernau menjelaskan bahawa tidak perlu diragukan lagi tentang peranan al-Quran sebagai mukjizat daripada Allah S.W.T yang secara langsung bertanggungjawab mengekal dan mengabdikan kesempurnaan dan ketulenan al-Quran yang kini telah lebih dari 14 abad lamanya. Mukjizat inilah juga yang bertanggungjawab memelihara dan memupuk perkembangan bahasa Arab. Sehingga ia berjaya menjadi bahasa tamadun Islam. Keberkekalan bahasa Arab adalah merupakan satu kes yang unik dan luar biasa di dalam sejarah manusia.[8]
Professor Madya Dr. M.A.J. Beg akhirnya mengemukakan pendapatnya sendiri yang mengatakan bahawa keistimewaan bahasa Arab terletak pada beberapa faktor. Di antaranya ialah bahasa itu adalah merupakan bahasa ibadat kepada Allah S.W.T, bahasa al-Quran, bahasa hadis, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perundangan, bahasa sejarah, bahasa akidah, bahasa ilmu sains, bahasa falsafah dan sebagainya.
Keindahan seni khat di semua negara Islam dari Moroko sampailah ke Malaysia adalah diinspirasikan oleh bahasa Arab. Kebanyakan bahasa di dunia ini termasuk Parsi, Turki, Urdu, Bahasa Melayu, Tausug, Uzbek, Pashto, Sindhi, Arab-Tabil, Tifinagh, Swahili, Ajemik, Malagasi, Slavon dan sebagainya mengambil huruf Arab (jawi) sebagai huruf di dalam tulisan mereka. Ini bererti huruf, bahasa dan Islam mempunyai pengaruh yang mendalam dan luas di dalam tamadun Islam.[9]

Mengapakah bahasa Arab dipilih oleh Allah S.W.t sebagai bahasa al-Quran yang menjadi sumber tamadun Islam? Jawapan yang diberikan oleh al-Maududi adalah seperti berikut. Bahasa Arab yang dimiliki oleh bangsa Arab adalah merupakan bahasa yang terbaik dan tersempurna di atas muka bumi ini yang mempunyai daya kekuatan untuk menyampaikan sebarang bentuk pemikiran dan ilmiah. Hanya bahasa tersebut sahajalah yang mampu untuk menyampaikan ajaran Islam yang menyempurnakan segala syariat Allah S.W.T sebelumnya sepertimana yang terkandung di dalam al-Quran.[10]
Tidak dapat dinafikan dengan kedatangan ‘Deen Islam’ telah membuka luas perbahasan-perbahasan ilmu pengetahuan. Dengan demikian berlakunya perkembangan dan bertebaranlah ilmu khususnya untuk kepentingan manusia. Tidaklah itu mukjizat Yang Agung (Allah) iaitu AL Quranul Karim yang memulakan ayat pertamanya dengan lafaz ‘Iqrak’.
Inilah detik yang Allah S.W.T mahukan supaya manusia berfikir dan menggali kembali khazanah atau perbendaharaan yang terdapat dalam al-Quran kitabullah.
Perkembangan daulah Islam dan kekuasaan pemerintahannya diakui hingga ke negeri China dan Perancis di bahagian barat. Banyak terjemahan telah dilakukan dan dipindah terus ke bahasa Arab melalui bahan-bahan intelektual Tunani, Rome, Farsi dan India. Para khalifah telah membuka dan menggunakan sebahagian ruang istana sebagai khutub khanah. Padanya terdapat berpuluh ribu buah kitab yang tinggi nilainya. Khalifah-khalifah sebagai pemegang teraju utama dalam memelihara kedudukan dan kepentingan ulama dan ilmu. Peranan ini dijalankan oleh Khalifah Al-Rasyid dan Makmum.





Kemunculan Kota.
Kemunculan kota atau bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain. Bandar-bandar Islam itu terdapat di Iraq, Syam, Mesir, Afrika, Andalus dan lainnya, sebahagian daripadanya masih diduduki seperti Basrah, Baghdad dan Kaherah, tetapi sebahagian yang lain tinggal runtuhan dan kesan-kesannya sahaja seperti Fustat di Mesir dan al-Zahra’ di Andalus.[11] Daripada segi sejarah, bandar Islam pertama yang unggul ialah bandar Madinah pada zaman Nabi dan Khulafa’ al-Rasyidin, kerana pada zaman itulah masyarakat Islam yang tulen telah berjaya dibentuk oleh baginda.
Salah satu ciri utama perkembangan fizikal bandar Islam ialah kelahiran institusi masjid Jami’ sebagai tempat perhimpunan sembahyang berjama’ah pada hari Jumaat. Perhimpunan ini menimbulkan satu pemusatan paasr-pasar di sekitarnya, dikenali dengan suq (jama’nya:aswaq) . Masjid-masjid jami’ dan aswaq ini bukan sahaja sebagai tempat ibadat dan urusan perdagangan malah sebagai tempat ibadat dan urusan perdagangan, pusat kegiatan sosial dan kegiatan sastera.[12]
Daripada aspek pembentukan bandar-bandar “formation of towns”, perkembangan bandar-bandar Islam pada zaman awal Islam berubah daripada bentuk pemusatan “centralized” [13] iaitu daripada pusat-pusat pemerintahan kepada bandar-bandar wilayah. Perkembangan bandar Islam seperti juga perkembangan bandar-bandar Rom dan Greek, terdiri daripada tiga keadaan iaitu sama ada ia berasal daripada penempatan baru tentera “amsar” yang muncul kemudiannya sebagai pusat utama perbandaran seperti Basrah atau menduduki penempatan bandar yang sedia ada seperti Damsyik dan Constantinople, atau merancang penempatan baru seperti Baghdad.[14] Menurut Grunebaum, bandar-bandar Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu “spontaneous” (terbangun secara spontan) dan “created” (dibangunkan secara terancang) .[15] Bandar-bandar daripada jenis yang pertama ialah bandar-bandar yang berkembang di sekitar rumah ibadat, tanpa perancangan badan kerajaan seperti Mashad dan Karbala. Sementara itu, bandar-bandar daripada jenis kedua pula adalah bandar-bandar daripada kem tentera seperti Fustat di Mesir dan Kufah di Iraq, bandar-bandar politik atau pusat pemerintahan seperti Baghdad, atau bandar wilayah seperti Samarra’ dan Raqqadah, dan bandar-bandar berkubu “fortress towns” seperti Rabat, ibukota Morocco.[16]
Dilihat daripada sudut sejarah, perkembangan bandar-bandar Islam amat sukar untuk membentuk sebuah gambaran yang tepat tentangnya kerana sebuah kota tidak hanya dinilai daripada sudut luarannya sahaja tetapi juga dinilai daripada sudut dalamannya. Nmaun demikian, secara kasarnya menurut Hourani dalam bukunya The Islamic City[17] bahawa bandar Islam mempunyai beberapa sifat fizikal berikut:
Mempunyai sebuah kota berkubu, biasanya sebagai tempat pertahanan.
Kemungkinan terdapat sebuah kota diraja (a royal complex) atau penempatan diraja. Di dalamnya terdapat istana-istana khalifah dan keluarganya, pejabat-pejabat pentadbiran, tempet-tempat pengawal peribadi dan pasukan tentera khalifah.
Terdapat satu kompleks pusat bandar terdiri daripada masjid-masjid Jami’ dan sekolah-sekolah agama, pasar-pasar pusat dan juga tempat-tempat khusus yang diperuntukkan bagi lumpulan-kumpulan utama tukang dan pedagang. Kedudukan bangunan bagi golongan agama dan pedagang-pedagang atau aristocrat tentera dengan pusat kekuasaan politik sentiasa berdekatan.
Terdapat satu pusat kawasan perumahan yang wujud sekurang-kurangnya dua ciri khusus iaitu kombinasi orang tempatan dengan golongan, bangsa atau agama yang berbeza-beza, dan hubungan secara berasingan dimana setiap kawasan atau kumpulan penempatan diberi kuasa autonomi.
Terdapat kawasan pinggiran kota “suburbs” dan kawasan perumahan diluar kota tempat pendatang-pendatang baru akan menetap dan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan tertentu.
Untuk tujuan menjaga kesihatan, maka lahirlah “maristan” (hospital) di bandar-bandar Islam sejak pada zaman Umaiyyah tetapi juga ia berkembang pesat pada zaman Abbasiah. Untuk tujuan keselamatan pula, kebanyakan bandar-bandar Islam mempunyai tembok, pintu besar dan tempat pertahanan.[18]
Daripada sudut perancangan bandar, orang-orang Arab telah mengasaskan pusat tentera di tepi-tepi padang pasir, berhampiran dengan sumber air, padang rumput ternakan dan tempat yang tedapat kayu api. Antara contoh bandar yang terletak berhampiran dengan sungai ialah Kufah yang terletak di barat Sungai Furat, Basrah di Lembah Tigris dan Euphrates, Fustat di Timur Nil, Wasit, Baghdad, Samarra’ di tebing sungai Diljah.[19] Langkah pertama yang dilakukan ketika ingin membina sebuah bandar ialah membuat penyelidikan topografi dan mengenali kesesuaian tempat bagi tujuan ketenteraan sebagaimana mereka lakukan ketika membina Kufah, Wasit, Baghdad dan Samarra’.

Masyarakat Majmuk.
Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju. Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudlah suatu bentuk ekonomi bandar. Setiap individu berhak hidup dengan aman dan tenteram dalam sebuah masyarakat Islam. Ahli-ahli sains sosial menakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat berbilang bangsa, bahasa, kebudayaan dan agama. Biar apapun takrif dan analisis tentang masyarakat majmuk, ia menepati masyarakat Islam yang pertama wujud di Madinah. Masyarakat pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, budaya, bahasa dan kelas. Islam mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengendalikan masyarakat majmuk. Masyarakat Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan hukum Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor:
1. Kewajipan terhadap Allah S.W.T apabila ia mengumumkan Islam sebagai agamanya (tanggungjawab aqidah atau agama) .
2. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik) .
Kelompok ini mesti tunduk kepada hukum Islam seluruhnya sama ada undang-undang sivil ataupun agama, tidak kira apa mazhab yang dianuti. Tidak ada kebebasan untuk memilih hukum-hukum yang lain daripada hukum Islam. Sementara masyarakat bukan Islam yang tinggal dengan aman di bawah penyeliaan hukum dan pemerintahan yang mengikut sistem Islam ia bertanggungjawab untuk tunduk kepada undang-undang Islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab aqidah atau agama.

Pembinaan Bangunan-bangunan Bersejarah.
Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana, masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain. Ciri seni bina Islam seperti mana yang dijelaskan oleh I.H Qureshi mempunyai ciri tersendiri seperti mengutamakan kemasukan cahaya ke dalam bangunan semaksimum yang boleh. Contohnya boleh dilihat di dalam masjid-masjid yang didirikan oleh umat Islam di zaman keagungan Islam. Di mana ia memberikan peluang paling luas bagi cahaya menembusi masuk ke ruang masjid tersebut. Ia bukan sahaja sesuai dengan semulajadi bumi malah memberikan keselesaan kepada umat Islam yang melakukan ibadat di dalamnya.[20]
Di antara contoh seni bina Islam ialah Qubbat al-Sakhra (Dom batu) di Jerusalem yang dijelaskan oleh K.A.C. Creswell sebagai “…Keharmonian setiap bahagian dan keindahan hiasannya menjadikan Dom batu itu sebagai salah satu bangunan yang terindah di dunia ini”.[21]
U.S. Scerrato mengenengahkan Alhambra’ di Granada (Andalus) sebagai contoh keunggulan seni bina Islam. Kerana adunannya yang seimbang di antara reka bentuk yang mudah yang terdapat pada setiap bangunan dengan beraneka hiasan di bahagian dalam.[22]
Beliau selanjutnya membawa contoh yang lain iaitu Masjid Sulaimaniah, Istanbul yang dijelaskan seperti berikut “… Di dalam masjid Sulaimaniah yang diasaskan oleh Sulaiman yang sungguh hebat, Sinan menyambung semua tugas yang telah dimulakan oleh Ayia Sophia kira-kira seribu tahun dahulu. Diubahsuai kembali dengan Islam sehingga dianggap sebagai hasil kerjayanya yang terbaik. Untuk menaikkan lagi tarafnya sebagai bangunan yang bersejarah, masjid itu dibina di atas bukit yang tertinggi di Istanbul”.[23]
A.U. Pope pula mengenengahkan Masjid-I-Shah di Isfahan, Iran dengan mengatakan “Pembinaan masjid-I-Shah telah dimulakan pada tahun 1612. Walaupun Syah Abbas begitu tidak sabar sekali, tetapi pembinaannya mengalami kelembapan yang tidak dapat menyiapkan tembok marmarnya yang terakhir sehingga tahun 1638. Bangunan ini adalah satu lambang daripada seribu tahun pembinaan masjid di Iran. Tradisi pembinaannya, idea-idea keagamaan, penggunaan, makna, perancangan yang matang dan secara perlahan adalah merupakan adunan diantara yang lama dengan jenis yang baru, unsur-unsur struktur binaan dan perhiasan yang penuh bertanggungjawab menjadikan Masjid-I-Shah begitu agung dan indah menempatkannya sebagai salah satu bangunan yang teragung di dunia ini”.[24]
P.Bamborough membawa contoh keindahan seni bina Islam yang terdapat pada Taj Mahal, Agra dengan mengatakan “Tidak diragukan lagi bahawa makam yang paling halus, terindah buatannya dan salah satu perbendaharaan Islam yang teragung yang merupakan contoh kesenian marmar yang terbaik ialah Taj Mahal, di Agra, India. Reka bentuknya yang terindah ini diperbuat daripada marmar putih adalah merupakan lambang kepada kesempurnaan seni bina Islam…”[25]
Masjid yang pertama dan tertua di dalam dunia islam yang merupakan titik permulaan bermulanya seni bina Islam ialah Masjid Madinah yang dibina oleh Rasulullah S.A.W dalam tahun 622 sebaik-baik sahaja Rasulullah dan umat Islam tiba di Madinah. Ia berbentuk empat segi yang dikelilingi oleh dinding yang diperbuat daripada bata dan batu. Di bahagian yang menjadikan tempat imam (Rasulullah) memimpin umat Islam di dalam sembahyang dikatakan beratap yang diperbuat daripada pelepah-pelepah tamar yang diliputi dengan tanah liat yang diletakkan di atas batang-batang tamar. Kiblat pada mulanya ialah di Baitul-Maqdis dan kemudiannya diubah ke Mekah dalam tahun 624 setelah Rasulullah menerima wahyu daripada Allah untuk berbuat demikian.[26]
Kufah, Mesopotamia adalah merupakan tempat kedua masjid didirikan yang dikatakan dalam tahun 639 yang mempunyai atap yang diletakkan diatas lengkungan marmar yang dibawa dari istana raja-raja Parsi di Hirah. Ia juga masih berbentuk empat segi. Ia dikelilingi oleh parit. Di Fustat didirikan masjid dalam tahun 642 yang mempunyai ciri baru di dalam seni bina Islam iaitu mimbar yang tinggi. “Maqsurah” (hadangan dari kayu) diperkenalkan untuk memelihara imam dari jemaah yang ramai. Menara juga telah diperkenalkan oleh seni bina Islam pada akhir abad tersebut. Sembilan puluh tahun atau sepuluh tahun lebih awal dari itu setelah bangunan masjid Madinah didirikan “mihrab” (tanda arah kiblat) telah diperkenalkan.[27]
Seni bina Islam yang berorientasikan ketenteraan dikatakan berkembang sejak akhir abad ke-19 hingga akhir abad ke-12. Untuk keselamatan bandar-bandar Islam tembuk telah dibina seperti di Syria dan di Mesir. Seni bina jenis ini telah ditiru oleh tentera-tentera salib kemudian.[28]

Kewujudan Negara Islam.
Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.
Zaman Rasulullah S.A.W.
Syariah Islamiah adalah merupakan payung yang menaungi semua umat Islam termasuk Rasulullah S.A.W di dalam negara Islam yang pertama di atas muka bumi ini yang diasaskan oleh baginda. Ketetapan yang diputuskan oleh Rasulullah adalah yang muktamad di dalam sesuatu perkara yang tidak diputuskan dalam al-Quran. Namun demikian baginda lebih mengutamakan para sahabat. Mereka diajak berbincang terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu diambil oleh baginda.[29]
Masjid yang menjadi ibu pejabat kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah dikenali sebagai Masjid al-Nabawi. Fungsi masjid terlalu luas merangkumi ibadat khusus seperti solat, pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, mahkamah dan sebagainya. Baginda menjadi imam di dalam solat dan melaksanakan segala tugas pemerintahan negara Islam di masjid tersebut. Di antara tugas berat yang lain yang dijalankan oleh baginda ialah kerja-kerja perhubungan awam. Dari situlah baginda menulis surat-surat dan memilih pendakwah-pendakwah untuk di hantar kepada raja-raja luar negeri yang sezaman dengan baginda. Juga kepada ketua-ketua kabilah Arab di semenanjung tanah Arab.
Di situlah juga merupakan tempat Rasulullah S.A.W menyambut ketibaan wakil-wakil kerajaan asing dan ketua-ketua kabilah, arahan kepada gabenor-gabenor di wilayah Islam berkaitan dengan pemungutan cukai dan sebagainya dikeluarkan dan tempat melaksanakan hukuman kepada penjenayah-penjenayah. Dalam hal yang lain segala aduan yang disampaikan oleh rakyat negara Islam didengar oleh baginda di masjid tersebut dan mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah. Malah setiausaha-setiausaha (juru-juru tulis) dan pembantu-pembantu baginda juga melaksanakan tittah perintah baginda di masjid. Pendek kata masjidlah merupakan sekreteriat Rasulullah S.A.W seumur hidup.[30]



2. Zaman Para Sahabat.
2.1 Khalifah.
Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua Negara Islam. Ia bebas dari sebarang kawalan dalam bentuk perlembagaan atau badan sesuka hati, bersifat autokrasi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Kerana al-Quran dan Sunnah adalah merupakan panduan yang membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah. Khalifah Osman dan Ali kedua-duanya dikatakan mencontohi cara yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar.[31]
Khulafa’ al-Rasyidin amat berbeza daripada Rasulullah S.A.W dari satu aspek iaitu mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan. Namun demikian mereka mempunyai tugas-tugas keagamaan yang tersendiri. Contohnya, menjadi imam di dalam sembahyang berjemaah di Masjid Madinah, membaca khutbah pada hari Jumaat dan sebagainya. Di samping berfungsi sebagai ketua Negara mereka juga bertugas sebagai Ketua Panglima Tentera. Mereka bertanggungjawab melantik panglima-panglima tentera dan menghantar pasukan-pasukan tentera ke luar negeri untuk menentang musuh-musuh Islam. Kadang-kadang mereka sendiri memimpin pasukan tentera Islam sepertimana yang dilakukan oleh Umar di dalam Peperangan Qadisiah.[32]
Majlis syura adalah merupakan tempat rujukan kepada Khulafa’ al-Rasyidin sebelum mendapat sesuatu keputusan penting seperti pemilihan panglima-panglima tentera dan serangan-serangan ke atas musuh. Mereka sekaligus berfungsi sebagai hakim atau kadi. Di peringkat wilayah jawatan hakim disandang oleh gabenor-gabenor yang dilantik oleh mereka.
Di zaman khulafa’ al-Rasyidin antara tugas kehakiman dan pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan keadilan. Tetapi mulai zaman Umar pemisahan antara jawatan pentadbiran dengan jawatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segala-galanya berpunca dari bertambah luasnya wilayah-wilayah Islam yang menyebabkan bertambahnya beban tugas dalam kadar di luar keupayaan bagi mengharuskan kedua-dua jawatan itu disandang oleh seseorang gabenor. Jesteru itu beberapa hakim atau kadi telah dilantik oleh Umar untuk mengatasi masalah ini.[33]
3. Zaman Bani Umaiyah.
3.1 Perlantikan Khalifah.
Institusi khalifah mula menjadi monopoli kerajaan Bani Umaiyah yang berlainan sekali dari Khulafa’ al-Rasyidin yang menjadi hak milik umat Islam yang perlantikannya diserahkan kepada majlis syura. Ini bererti khilafah mula menjadi harta milik keluarga Bani Umaiyah tidak lagi menjadi hak milik umat Islam sejagat.[34]
Mu’awiahlah merupakan pengasas Bani Umaiyah dan khalifah pertama dari kerajaan tersebut yang telah mewariskan jawatan khalifah kepada puteranya iaitu Yazid yang diisytiharkan sebelum kematiannya. Di peringkat awal kerajaan Bani Umaiyah dikenali sebagai Sufianiah yang merupakan cucu-cucit Sufian bapa kepada Mu’awiah. Di mana sistem penamaan bakal menjadi khalifah hanya ditetapkan seorang sahaja. Tetapi di bawah pemerintahan Marwaniah, iaitu cucu-cicit Marwan yang merupakan keluarga yang kedua mewarisi pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dua orang calon dilantik serentak sebagai raja muda untuk menjadi khalifah.
Contohnya Marwan menamakan dua orang puteranya iaitu Umar dan Yazid sebagai raja muda. Demikian juga Yazid menamakan adiknya iaitu Hisyam dan puteranya Walid sebagai raja muda.[35]
Sistem perlantikan cara kedua ini membawa padah yang amat buruk kepada pemerintahan Bani Umaiyah dimana ramai anggota kaum keluarga khalifah yang berkebolehan, layak, lebih dewasa dan sebagainya tidak berpeluang menjawat jawatan khalifah. Kesan buruk dari sistem ini ialah timbulnya kekacauan dan perebutan jawatan khalifah. Contohnya di zaman Walid di mana beliau sendiri mati dibunuh. Sekaligus Bani Umaiyah berpecah menjadi dua kumpulan yang merupakan salah satu faktor utama yang membawa keruntuhan kerajaan Bani Umaiyah.[36]
3.2 Majlis Syura.
Majlis syura yang diutamakan oleh Khulafa’ al-Rasyidin dihapuskan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Namun demikian Umar bin Abdul Aziz telah cuba menghidupkan kembali institusi tersebut ketika menjadi Gabenor Hijaz dengan melantik beberapa tokoh ulamak yang berkaliber. Bila menjadi khalifah, beliau cuba mengasaskan semula majlis syura dengan menghubungi ramai ulamak. Zaman pemerintahannya adalah pendek. Sebab itulah majlis itu gagal ditegakkan kembali.[37]

3.3 Kerajaan Pusat.
Kerajaan Bani Umaiyah menubuhkan lima jabatan di dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara islam iaitu Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jund) , Jabatan Kewangan (Diwanul Kharaj) , Jabatan surat-menyurat (Diwanul Rasail) , Jabatan Cop Mohor (Diwanul Khatam) dan Jabatan Pos (Diwanul Barid) .[38]
Kerajaan Bani Umaiyah bukan sahaja menghapuskan Majlis Syura, tetapi banyak melakukan perkara-perkara ganjil lain seperti menghapuskan sistem menseragamkan atau mencampur semua keturunan umat Islam iaitu antara Arab dengan keturunan lain yang dilakukan oleh Umar di dalam satu pasukan tentera. Kerajaan Bani Umaiyah sebaliknya mengasingkan. Kerajaan Bani Umaiyah khususnya di bawah pemerintahan Hisyam telah membatalkan pembayaran pencen kepada pesara-pesara tentera. Khalifah-khalifah Bani Umaiyah juga tidak pernah kelihatan menyertai tentera Islam di dalam sebarang peperangan.[39]
Jabatan Kewangan pusat (Diwanul kharaj) bertanggungjawab mengawal dan menguruskan semua harta negara di zaman kerajaan Bani Umaiyah. Jabatan inilah yang menyimpan rekod dan resit berkaitan dengan pengumpulan hasil negara Islam dan perbelanjaannya.[40]
Jabatan surat-menyurat (Diwanul Rasail) bertugas di dalam menulis dan menerima semua surat rasmi, mengeluarkan surat-surat arahan dan risalah-risalah. Jabatan ini juga bertugas sebagai badan penyelaras ke atas semua yang lain. Jabatan Cop Mohor (Diwanul Khatam) ditubuhkan oleh kerajaan Bani Umaiyah bagi memastikan bahawa segala arahan yang dikeluarkan itu ada dalam pengetahuan khalifah. Semua surat sebelum diedarkan mesti dicapmohorkan.[41]
Mu’awiahlah merupakan pemerintah Islam yang pertama sekali memperkenalkan sistem pos di dalam negara Islam. Pada mulanya ia berfungsi untuk menguruskan kerja-kerja kerajaan sahaja. Tetapi akhirnya berkembang untuk kepentingan rakyat dan negara. Kuda dan unta adalah alat perhubungan yang digunakan oleh jabatan tersebut untuk mengedarkan dan memungut surat dari seluruh ceruk rantau negara Islam. Di zaman Abdul Malik sistem pos benar-benar berkembang dan sempurna perkhidmatannya.[42]
3.4 Keadaan Sosial.
Walaupun sepanjang pemerintahan Bani Umaiyah terjadi huru-hara, tetapi dijelaskan oleh Profesor K. Ali keamanan dan keadilan pada keseluruhannya masih lagi dapat ditegakkan. Memang benar kedudukan Mawali (golongan yang baru memeluk islam) agak rendah jika dibandingkan dengan orang-orang arab yang begitu berkuasa dan mempunyai kedudukan yang amat istimewa tetapi penindasan dalam erti kata yang sebenarnya ke atas mereka tidak berlaku. Mereka tetap hidup dalam keadaan aman dan damai. Di bawah pemerintahan Bani Umaiyah non-muslim tetap juga mendapat hak sebagai rakyat negara islam. Khususnya di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz yang memeberikan perhatian yang serius terhadap golongan non-muslim ini.[43]
Beliau dikatakan telah memastikan tentang keselamatan gereja-gereja, kuil-kuil dan tempat-tempat ibadat yang lain. Malah beliau telah memberikan wang yang diambil dari Baitumal untuk membantu glongan non-muslim membina rumah-rumah ibadat mereka. Contohnya gereja besar Kristian di Edessa telah rosak ekoran daripada gempa bumi dalam tahun 60H/679M. Mu’awiah dikatakan telah mengarahkan dan memberikan bantuan pembinaan semula gereja tersebut.[44]
Didalam urusan yang berkaitan dengan adat resam, agama dan masalah-masakah peribadi, golongan non-muslim diberikan kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan undang-undang mereka dan mengikut ketentuan dari ketua-ketua mereka. Kerajaan Bani Umaiyah telah menjamin keselamatan, nyawa harta dan kehormatan mereka.[45]
4. Zaman Bani Abasiah.
4.1 Pentadbiran.
Kuasa mutlak di dalam pemerintahan dan pentadbiran adalah merupakan bentuk pemerintahan kerajaan Bani Abasiah. Di mana tiada badan atau sesiapa juga yang boleh mempertikaikan segala keputusan khalifah kerajaan tersebut. Tugas seorang khalifah Bani Abasiah merangkumi sebagai seorang ketua negara, ketua agama, ketua panglima perang, penganugerahan pangkat dan jawatan, berkuasa menamakan bakal penggantinya dan sebagainya. Terdapat satu sistem bagaimana seseorang pengganti khalifah dipilih yang segala-galanya bergantung kepada budi bicara khalifah yang memerintah.[46]
Di dalam masyarakat Islam di zaman Bani Abasiah, khalifah menduduki tangga teratas sekali sebagai Ketua Negara. Pegawai-pegawai pemerintah dan pentadbiran kerajaan Bani Abasiah berada di tangga yang paling hampir dengan khalifah. Sama seperti di zaman Bani Umaiyah wanita menikmati hak istimewa mereka yang dijamin oleh Islam. Lahir tokoh wanita yang aktif dalam politik pada masa yang sama itu seperti Khairuzan, Ulayyah, Zubaidah dan Buran. Mereka juga terlibat di dalam kegiatan intelektual dan syair. Zubaidah dijelaskan oleh Kitab al-Aghani sebagai tokoh penyair wanita yang berbakat.
Seorang ahli sejarah yang memberi kuliah di Baghdad dari kaum wanita yang amat terkenal ialah Syikah Shuhdah. Dalam bidang undang-undang pula dari kaum wanita yang amat termasyur pada masa itu ialah Zainab Umm al-Muwayyid. Ini bererti bahawa wanita juga telah menyumbangkan bakti kepada perkembangan tamadun Islam di zaman pemerintahan Bani Abasiah. Permainan yang agak popular pada masa itu termasuklah polo, catur, perlumbaan kuda dan memburu.[47]
Majlis-majlis perjumpaan yang menemukan beraneka jenis golongan sarjana yang berpotensi kerapkali diadakan untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Melalui perbincangan-perbincangan ini ada di antara mereka yang menghasilkan buku-buku sejarah, kesusasteraan, falsafah dan sains. Di dalam masyarakat yang mementingkan ilmu ini golongan pengedar buku memainkan peranan yang amat penting. Tumpuan sarjana dan pelajar lebih tertumpu kepada kedai-kedai buku tersebut.[48]
Sistem perhambaan dikatakan merebak kembali yang telah cuba dihapuskan oleh Rasululah S.A.W dan Khulafa’ al-Rasyidin yang dikatakan berkembanag kembali di zaman Bani Umaiyah. Di zaman Bani Abasiah sistem perhambaan kian subur. Boleh dikatakan kebanyakan pembesar dan orang kaya pada masa itu mempunyai hamba. Terdapat dua sumber hamba. Pertama golongan non-muslim yang tertawan. Kedua yang dipenjarakan ketika perang, tetapi di zaman aman dijadikan hamba. Kebanyakan mereka berketurunan Negro yang berkulit hitam. Tetapi ada juga dari keturunan Turki dan orang-orang berkulit putih. Keturunan Greek, Slave, Armenia dan Barbar adalah golongan hamba berkulit putih di zaman Bani Umaiyah.
Ekonomi umat Islam di zaman pemerintahan Bani Abasiah begitu maju dan berkembang. Mereka telah muncul sebagai golongan industrialis, pertukangan, golongan teknik, pencetak dan sebagainya. Inilah profesyen golongan bangsawan dan atasan. Golongan petani dan penternak adalah dari golongan kelas menengah dan bawahan.
Perdagangan di zaman Bani Abasiah begitu memuncak dan menguntungkan sekali. Bandar-bandar negara Islam muncul dan terkenal di seluruh dunia sebagai pusat-pusat perdagangan seperti Baghdad, Basrah dan Iskandariah. Dari bandar–bandar Islam umat Islam telah mengembara ke seluruh ceruk rantau dunia ini untuk menjalankan perdagangan. Mereka mendapat keuntungan yang besar dan menjadi golongan yang kaya-raya.[49]
Kilang-kilang industri bercambah seperti cendawan tumbuh di seluruh bandar Islam. Kilang-kilang permaidani, sutera, kain dan sebagainya didirikan di Barat Asia. Kilang benang, menenun kain dan permaidani juga berkembang di Parsi dan Iraq. Kerajaan Bani Abasiah juga menggalakkan perkembangan sektor pertanian, yang menyebabkan pertanian merupakan salah satu faktor penting yang membawa kepada kemakmuran negara Islam pada masa itu yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara di dunia ini. Sektor pertanian jugalah merupakan salah satu sumber kewangan negara Islam yang penting.[50] Berkembangnya sektor pertanian pada masa itu kerana kerajaan Bani Abasiah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti tali air yang baik, baja yang baik, tanah yang subur dan sebagainya.[51]
4.2 Baitul Hikmah.
Baitul Hikmah juga dikenali dengan Khazanah Hikmah dan Darul Hikmah yang memberi pengertian sebagai gedung ilmu pengetahuan yang telah ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid di zaman keagungan Bani Abasiah. Kegemilangan dan ketinggian mutu ilmu yang dicapai oleh umat Islam di Baitul Hikmah tidak ada tolok bandingnya dengan mana-mana tamadun dari zaman dahulu hingga hari ini. Penubuhan Baitul Hikmah ini adalah ekoran dari kegiatan penyelidikan dan pembelajaran yang dijalankan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W kerana menuntut ilmu adalah satu kefarduan yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Kegiatan ini semakin pesat di zaman Bani Umaiyah di mana kegiatan intelektual dalam erti kata yang sebenarnya telah berkembang maju dengan wujudnya penterjemahan buku-buku asing dan penulisan buku-buku baru yang telah dipergiatkan oleh umat Islam. Jesteru itu lahirlah satu bentuk perpustakaan yang rasmi di zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Misalnya di zaman Khalifah al-Walid bin Yazid, satu bilik khas telah disediakan oleh beliau sebagai perpustakaan rasmi yang menyimpan bahan-bahan ilmu pengetahuan di istananya. Bahan-bahan ilmu pengetahuan ini terus kekal disimpan di istana Bani Umaiyah dan berkembang sehingga di zaman Abu Jaafar al-Mansur (Bani Abasiah) di mana beliau secara langsung telah mempergiatkan lagi gerakan penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab. Bahan-bahan ilmiah yang lain disimpan di Masjid Jamik al-Mansur yang digunakan sebagai bahan rujukan dalam majlis ilmu di masjid tersebut. Kegiatan intelektual begitu memuncak sekali di zaman Harun al-Rasyid, hasil dari kegiatan penterjemahan dan penulisan dalam segala bidang ilmu pengetahuan daripada bahasa-bahasa asing dan dari ilmu-ilmu pengetahuan Islam sendiri. Untuk mengekalkan prestasi dan mempertingkatkan lagi perkembangan intelektual ini, Harun al-Rasyid telah menubuhkan satu institusi khas yang agung dan terbesar di Baghdad yang diberi nama Baitul Hikmah sebagai markas yang menyelaraskan dan melicinkan lagi segala kegiatan intelektual.
5. Zaman Kerajaan Fatimiah.
5.1 Pentadbiran.
Pentadbiran yang baik dan keperwiraan adalah merupakan dua ciri utama yang dimiliki oleh khalifah-khalifah kerajaan Fatimiah ini. Tidak banyak bezanya di antara sistem pemerintahan kerajaan Fatimiah dengan kerajaan Bani Abasiah. Perbezaan hanya wujud dari segi nama sahaja tetapi dari segi praktisnya adalah lebih kurang sama. Ketua Negara dan Ketua Agama adalah penggerak utama khalifah-khalifah kerajaan Fatimiah. Kekuasaannya maha luas sehingga boleh melantik dan memecat mana-mana pegawai di bawah pemerintahannya.
Di bawah khalifah terdapat menteri-menteri yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama yang dikenali dengan gelaran ‘The men of the sword’ dan ‘The men of the pen’. Pedang adalah lambang kekuasaan. Mereka ialah menteri yang diamanahkan untuk menguruskan jabatan ketenteran, jabatan perang dan jabatan keselamatan dalam negeri. Pen pula adalah lambang pentadbiran awam yang mengawal jabatan kehakiman iaitu kadi, jabatan dakwah, jabatan sains dan pendidikan, jabatan pengurusan istana, jabatan pembacaan al-Quran dan sejumlah besar pegawai-pegawai rendah seperti kerani, setiausaha dan sebagainya.[52]
Kerajaan Fatimiah membahagikan wilayahnya kepada tiga bahagian iaitu Syria, Mesir dan sempadan Asia kecil. Mesir di bahagikan kepada daerah-daerah kecil seperti Mesir utara, Sharqiah, Gharbiah dan Iskandariah yang diperintah oleh gabenor masing-masing. Masalah-masalah dalam negeri diselesaikan oleh penguasa-penguasa tempatan wilayah-wilayah tersebut.[53]
Terdapat tiga bahagian tentera. Pertama pasukan tertinggi yang terdiri daripada amir-amir, pegawai-pegawai tinggi dan pengawal khalifah. Kedua pegawai-pegawai pengawal. Ketiga berbagai-bagai regimen yang dikenali sebagai Hafiziah, Juyusyiyah, Sudaniah dan lain-lain lagi. Angkatan tentera laut juga kedapatan dalam kerajaan Fatimiah yang berpusat di Iskandariah, Danika, Ascaton dan pelabuahan-pelabuhan di Syiria.
6. Zaman Kerajaan Islam India.
6.1 Sumbangan.
Di antara sumbangan utama kerajaan-kerajaan Islam di India ialah bidang pendidikan. Professor M. Haminuddin Khan menjelaskan sejak zaman Muhammad bin Kasim yang merupakan penakluk pertama Islam di India telah mendirikan masjid. Masjid bukan sahaja merupakan sumbangan kepada perkembangan seni bina malah merupakan pusat pendidikan. Beliau juga telah dikatakan telah membina maktab-maktab dan madrasah-madrasah.[54]
Mahmud Ghaznawi sebenarnya orang yang telah berjaya menegakkan pemerintahan di India yang diperkukuhkan lagi oleh Muhammad Ghori. Mungkin sukar untuk dinafikan tentang kesibukan Mahmud Ghaznawi untuk memperkukuhkan kerajaannya dari serangan-serangan musuh namun demikian beliau sempat juga mengembangkan tamadun Islam di India. Di antaranya beliau telah membina sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti.[55]
Perkembangan Islam di India adalah ekoran daripada perkembangan Islam di Timur tengah. Jesteru perkembangan yang begitu memuncak di Timur tengah juga memberi kesan kepada perkembangan di India. Di mana di India telah terdapat institusi-institusi pendidikan yang berbentuk profesional seperti maktab-maktab, teknik, perdagangan, kraftangan, perakaunan dan sebagainya.[56]
Dr. I.h. Qureshy yang pendapatnya diambil oleh Professor Haminuddin Khan mengatakan sikap Sultan Balban yang memberikan layanan istimewa kepada golongan sarjana yang menyebabkan bandar-bandar utama India pada masa pemerintahanya menjadi tumpuan sarjana-sarjana dari dunia Islam yang memperkembangkan lagi tamadun Islam di India.[57]


Penutup.

Kajian terhadap tamadun Islam dapat dilihat melalui ciri-ciri tamadun Islam sendiri. Secara keseluruhannya, tamadun Islam lebih banyak dibangunkan oleh orang Arab dan kesenian yang terhasil pada zaman selepas bani Umaiyah adalah dari orang Arab. Kejayaan tamadun Islam banyak bergantung kepada kekuatan tenteranya dan kecintaan orang Islam terhadap ilmu pengetahuan. Selain itu umat Islam bersaing rapat dalam ekonomi yang telah menyebabkan kebanyakan umat Islam hidup mewah pada zaman keagungan Islam.

Kemewahan ini akhirnya menutup mata umat Islam sendiri kerana alpa dengan kekayaan dan memberi peluang kepada musuh Islam untuk menjatuhkan mereka. Kegagalan dalam menegakkan syariat Islam selepas zaman para sahabat melonggarkan hubungan mereka dengan Allah. Walaupun begitu tidak semua umat Islam lalai malah ada juga sebilangan besar dari mereka yang taat kepada Allah seperti khalifah Abdul Malik.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil iktibar dari contoh yang telah ditunjukkan oleh umat Islam dan hindari faktor-faktor kelemahan umat Islam dahulu.

Tamadun Islam Di Zaman Sahabat Rasul s.a.w.

Zaman para sahabat
Profesor Ali dalam bukunya A Study of Islamic History mengambarkan tentang sejarah perkembangan tamadn islam zaman khulafa al-Rasyidin seperti berikut. Institusi khalifah bermula dengan perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai pengganti Rasulullah sebagai ketua negara islam. Pemilihan ini adalah sesuatu yang wajib dilakukan oleh umat islam. Rasulullah tidak menamakan seorang pun sebagai pengganti untuk memimpin umat islam selepas baginda wafat. [1]Ini merupakan satu masalah yang besar ketika itu. Umat islam ketika itu terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu golongan Ansar menyokong Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin menyokong Abu Bakar al-Siddiq dan golongan Bani Hasyim mencadang Ali bin Abi Talib. [2]

Walaubagaimanapun perpaduan umat islam tetap terpelihara. Abu Bakar al-Siddiq menjadi khalifah yang pertama. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz(bai’ah) dalam himpunan ramai dimasjid Madinah.

Sistem perlantikan
Sistem perlantikan khalifah sebagai menarik. Ini kerana terdapat dua perringkat lantikan. Pertama perlantikan khalifah yang baru dan lafaz taat setia dari semua para sahabat. [3]Seseorang khalifah yang terpilih biasanya dicalonkan oleh seorang atau lebih daripada sahabat. Majlis Syura mencalon dan melantik secara langsung dan sebulat suara.
Sesiapa sahaja didalam Majlis Syura boleh menyanggah sebarang pencalonan. Tetapi ia mesti menerima keputusan majority. Jika terdapat ahli yang tidak menyetujui perlantikan ia mesti mengangkat lafaz ikrar bersama. Sistem perlantikan kulafa al-Rasyidin menampak satu kecenderungan. Iatu kecenderungan yang lebih berbentuk demokrasi dan republik. Di mana sentimen perkauman dapat dihapuskan.

Tugas khalifah
Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua Negara Islam melalui system perlantikan yang telah dibincangkan terlebih dahulu. Ia bebas dari sebarang kawalan dalam perlembagaan atau badan politik. Namun demikian tidak bererti ia bebas dari melakukan sesuka hati dan mempunyai kuasa yang tidak tebatas. Kerana Al-Quran dan sunnah adalah merupakan panduan yag membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah. Khulafa al-Rasyidin amat bebeza dari Rasulullah s.a.w. dari satu aspek iaitu mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan Namun demikian mereka mempunyai tugas keagamaan yang tersendiri(menjadi imam didalam sembahyang, membaca khutbah). Mereka juga bertugas sebagai ketua panglima tentera. Mereka bertanggungjawab melantik penglima-panglima tentera dan menghantar pesukan-pasukan tentera keluar negeri untuk menentang musuh-musuh islam. Kadang-kadang mereka sendiri yang memimpin tentera apabila berperang. Sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar dalam peperangan Qadisiyah. [4]
Majlis Syura adalah tempat rujukan kepada khulafa al-Rasjidin sebelum mendapat seuatu keputusan penting seperti pemilihan panglima-panglima tentera dan serangan-serangan keatas musuh. Mereka sekaligus berfungsi sebagai hakim atau kadi. Diperingkat wilayah jawatan hakim disandang gabenor-gabenor yang dilantik oleh mereka. Dizaman khulafa al-rasyidin antara tugas kehakiman dan pentadbiran tidak pernah dipisah bagi melaksanakan keadilan. Tetapi mulai zaman Umar perpisahan antara jawatan pentadbiran dengan jawatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segala-galanya berpunca dari pertambahan keluasan wilayah-wilayah islam yang menyebabkan betambahnya beban dalam kadar diluar keupayaan bagi menghauskan jawatan itu disandang oleh gabenor. Jesteru itu beberapa hakim atau kadi telah dilantik oleh Umar untuk mengatasi masalah ini. [5] Khulafa al-Rasyidin juga mempunyai tanggungjawab untuk menyelia dan menguus pemungutan hasil dalam negeri, pembinaan infranstruktur seperti pembinaan hasil tali-tali air dan sebagainya. Dalam banyak hal Khalifah Abu Bakar dan Umar kerapkali berbincang terlabih dahulu dengan Majlis Syura sebelum melakukan esuatu tindakan. [6]

Tugas Majlis Syura
Majlis Syura adalah merupakan satu badan perundingan yang dianggotai oleh para sahabat Rasulullah yang terdekat. Majlis inilah yang menjadi badan penasihat apabila dirujuk oleh Khalifa al-Rasyidin dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Penubuhanya adalah sebagai pematuhan kepada perintah al-Quran sendiri. Diantara ayat yang menjelaskan hal ini ialah :

“ maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah meeka menjauhkan diri dari sekeliling mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulat tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [7] Merujuk kepada kepada Majlis Syura bukan ahaja dilakukan oleh khulafa al-Rasyidin, malah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang dari masa ke semasa sentiasa mendampingi para sahabat etianya dan berunding dalam banyak perkara dalam melakukan suatu tindakan khususnya perkara yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran.

Didalam penubuhan Majlis Syura dijelaskan oleh Profesor K Ali tidak terdapat sebarang formula. Juga tidak mempunyai atu jumlah tetap tentang jmlah ahlinya. Biasanya golongan sahabat Muhajirin menjadi teas kepada Majlis syura dan diserrtai juga oleh sahabat dari golongan ansar. Malah sesiapa juga boleh menjadi ahlinya Berdasarkan keperluan semasa. Dimana pernah dikatakan rakyat biasa dan tetamu yang menziarahi Madinah pernah diundang untuk menyertai mesyuarat majlis tersebut. Mesyuarat diadakan dimasjid Nabawi. Apabila ia hendak diadakan pengumuman disampaikan kepaa semua ahli majlis tersebut. [8] Nasihat Majlis Syura diutamakan oleh Khulafa al-Rasyidin dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbirannegara Islam khusus didalam meilih panglima tentera, gabenor, pegawai kanan, kadar ckai yang harus dikenakan, jawatan-jawatan baru yang harus diwujudkan dan sebagainya. [9] Majlis Syura sama sahaja kedudukanya dengan khalifah dari segi syariah dimana mereka berada dibawah titah perintah al-Quran dan Sunnah. [10]

Pentadbiran Wilayah
Umar disifatkan oleh Profesor K. Ali sebagai pengasas pentadbiran politik negara Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Dibawah pemerintahannya negara Islam dibahagikan kepada lapan wilayah untuk memudahkan pentadbiran iaitu Mekah, Madinah, Syiria, Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, dan Palestine. Setiap wilayah ini diketuai oleh seorang gabenor yang menjalankan tugas yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Umar di Madinah.

Pegawai-pegawai lain juga dilantik diwilayah-wilayah tersebut dibawah penyelian gabenor. Setiap pegawai yang dilantik seperti Amil untuk memungut hasil negara diberikan senarai tugas dan tanggungjawab serta batas-batas kekuasaan masing-masing. Harta mereka disenaraikan oleh gabenor untuk mengelakan penyelewengan kuasa rasuah dan sebagainya. jika setelah memegang jawatan itu dalam jangkamasa tertent didapati harta mereka luar biasa jumlahnya ia akan dirampas oleh Umar. Umar pernah merampas harta Abu Hurairah dan Amru bin As. [11]Kadi yang dilantik oleh Umar ditetapkan jumlah gajinya dan ditetapkan juga tugas-tugasnya disamping sebagai hakim dan pengurusan pentadbiran kehakiman, ia juga mengurushan urusan wakaf seperti masjid, madrasah dan sebagainya. Terdapat jawatan lain dizaman Umar iaitu kitab Al-Diwan dan Sahib Baitulmal, yang pertam menguruskan teatera dan kedua menguruskan kewangan.

Polis
Tanggungjawab memelihara keselamatan awam negara Islam atau tugas-tugas polis dipikul besama oleh masyarakat awam secara umum. Namun demikian, Umar telah memperkenalkan pasukan kawalan malaam dan rondaan. Dizaman pemerintahan Ali system polis diperkenalkan. [12]

Tentera
Dizaman khulafa al-Rasyidin tentera terbahagi kepada beberapa bahagian seperti pasukan berkuda, pasukan berjalan kaki, pasukan perkhidmatan, pasukan peninjau dan peninjau sayap belakang Seorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap sepuluh orang tentera. Dari segi persenjataan pula tentera Islam dizaman khalifah al-Reasyidin memakai perisai, pedang dan lembing atau tombak dan panah. Pasukan berkuda memakai baju besi dan topi besi Pasukan berjalan kaki memakai seluar dan kasut sepeti orangAfghanistan dan Punjab. Dijelaskan oleh Profesor K. Ali pakaian tentera eropah pada hari ini menirru pakaian tentera Islam dizaman Khulafa al-Rasyidin. Semasa peperangan gendang digunakan. Pusat-pusat kem tentea yang terbesar di zaman khulafa al-Rasyidin ialah Basrah, Kufah, Fustat, Qairawan dan Mansurah. Khulafa al-Rasyidin juga berusaha bagi memberikan segala kemudahan bagi keselesaan tentera Islam. [13]Perhatian khusus diberikan bagi memastikan kesihatan tentera Islam berada diparas yang memuaskan. Brek tentera Islam dikatakan luas dan selesa dan dibina ditempat-tempat yang terjamin kesihatan alam sekitar. Setiap tentera diletakan dibawah jagaan doctor untuk menjaga kesihatanya. Tentera Islam pada masa itu dibayar gaji dari zakat dan cukai. 600 dirham adalah gaji purata bagi seorang tentera dalam masa setahun. Keluarga tentera uga diberikan makanan, pakaian dan kasut percuma. Selepas berlaku sesuatu perperangan harta rampasan peperangan juga dibahagikan kepada mereka iaitu 4/5. [14]


Tentera laut
Semenanjung tanah arab sebelum kedatangan Islam lagi amat masyhur sebagai pusat perdagangan antarabangsa, yang menjadi perantara antara eropah dengan timur. Dari segi geogrfi sendiri menunjukan ia dikelilingi oleh laut Merah, Laut hindi dan Teluk Parsi. Bangsa arab kesimpulanya adalah bangsa perdagangan dan pelayaran. [15]
Terbukti bahawa masyarakat arab telah pun menguasai laut sekaligus menguasai ilmu pelayaran. Dilaporkan K. Ali bahawa umat islam telah dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya berhijrah keHabsyah dalam tahun ke-6 setelah seruan islam dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. yang berjumlah 15 orang itu, tiba ke Habsyah melalui jalan laut ialah menumpang dua kapal dagangan arab yang kebetulan hendak beniaga ke Habsyah.

Dizaman khulafa al-Rasyidin wilayah Islam semakin bertambah luas sampai keMesir, seluruh teluk Parsi dan sebagainya. Dizaman merekalah umat Islam menguasai pelabuhan seprti Oballah di teluk Parsiyang sibuk disinggahi oleh pedagang yang membawa barang dagangan ke India dan China. Begitu juga umat Islam kemudianya menguasai laut merah laut Mediterranian. Untuk meluaskan lagi menentang kekuasaan Rom dan sebagainya.

Pada mulanya Umar sendiri enggan untuk menggunakan angkatan tenteranya melalui laut untuk menewaskan tentera Rom yang menguasai laut ketika itu. Cadangan itu pernah dikemukakan oleh Mua’wiyah ketika menjadi gabenor di Syria dan menghadapi serangan tentera Rom dari laut.

Tetapi Umar mengubah fikiranya apabila negara islam memerlukan bekalan makanan dari Mesir. Jalan darat bukan sahaja jauh tetapi memakan masa yang amat panjang. Oleh itu beliau telah menggali terusan sejauh 69 batu dari sungai Nil ke Laut Merah. Sebanyak 20 buah kapal boleh belayar diterusan tersebut membawa makanan dari Mesir ke laut Merah dan sampai di Madinah dengan selamat.

Dilaporkan oleh Profesor K. Ali bahawa serangan tentera Islam melalui laut buat pertama kali dilancarkan dibawah pemerintahan Unar yang diketuai oleh al-Ala bin al-Hadrami, menentang tentera Parsi. Tetapi serangan laut ini dilakukan tanpa mendapat restu dari Umar. Zaman penguasaan laut tentera Islam dalam erti kata yang sebenarnya bermula dalam masa pemerintahan Osman. Panglima laut Islam yang pertama ialah Abdullah bin Qays Harith yang pernah melancarkan 50 serangan keatas beberapa sasaran tentera Rom. [16] Serangan tentera Islam selanjutnya dilancarkan oleh Muawiyah dan Abdullah yang melancarkan serangan keatas Cyprus dalam tahun 28H dan laut Mediterranian secara beransur-ansur dapat dikuasai oleh Islam. Hakam telah dilantikoleh sebagai Osman sebagai gabenor di Bahrain dan diarahkan supaya menyediakan kelengkapan angkatan tentera laut untuk menyerang India. Beberapa pelabuhan India telah diserang oleh beliau seperti Thana, Bahroch dan sebagainya. Mughirah bin Abi al-As telah diutuskan mengelepai satu pasukan tentera laut untuk menyerang Dabul pelabuhan Sind. [17]

Keadaan Sosial
Khulafa al-Rasyidin menjadi contoh dan teladan yang terbaik dizaman mereka. Kerana mereka hidup dalam keadaan sederhana dan jujur Mereka tidak mempunyai istana dan bangunan pemerintahan atau pentadbiran. Mereka tinggal didalam rumaha yang kecil dan bekerja sendiri untuk mencari rezeki. Mereka tidak memakai pengawal keselamatan sehingga ada diantara mereka yang mati ditikam. Mereka tidak berasa malu untuk melakukan kerja kebajikan dan bercampur gaul dengan masyarakat biasa. [18] Pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuk menerima pengaduan eluruh rakyat tanpa mengira miskin, kaya, cantik, berpangkat, hodoh atau hina. Mereka hanya mengambil sedikit sahaja dari baitulmal untuk kegunaan mereka. Hati mereka dikhususkan untuk beribadat dan berbakti kepada Allah. Mereka berpakaian dalam keadaan yang paling simple. Pakaian orang arab Badwi ialah memakai pakaian yang berjubah panjang dan tali pinggang yang diperbuat daripada kulit. Pada jubah mereka terdapat bulu unta. Dimedan peperangan mereka memakai serban sepertimana yang dipakai oleh kebanyakan orang arab. [19] Kedudukan wanita dizaman al-Rasyidin amat mulia dimana mereka amat berhak untuk mewaisi harta ibu bapa dan suami. Mereka juga diberi hak untuk menerima atau menolak calon suaminya. Mereka juga bebas bergerak dalam masyrakat dalam keadaan memelihara akhlak Islam seperti menutup aurat dan sebagainya malah mereka turut serta dalam peperangan. Poligami dikatakan wujud tetapi dalam keadaan yang terhad. [20] Sistem perhambaan terus menerus dihapuskan dizaman khulafa al-Rasyidin.


Pentadbiran cukai
Sumber pendapatan negara Islam dizaman khulafa al-Rasyidin adalah sama dengan zaman Rasulullah s.a.w. yang bergantung kepada zakat, jizyah, kharaj, ghanimah dan fay. Hasil pendapatan negara dizaman Rasulullah dan Abu Bakar tidaklah sebesar mana. Tetapi dizaman Umar pendapatan negara bertambah besar dalam kadar yang amat pesat sekali yang tidak dapat dihabiskan. Jesteru itu sati system pemungutan hasil diperlukan untuk mengemaskinikan pentadbiran hasil pendapatan negara.

Sejak itu Umar memberikan perhatian yang khusus dan serius didalam pentadbiran pemungutancukai berdasarkan prinsip-prinsip yang telahdigariskan oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Jenis cukai yang baharu juga telah diperkenalkan oleh Umar seprti Usyr. Ia adalah sejenis cukai yang dikenakan kepada saudagar-saudagar yang bukan beragama Islam. Kadar yang dikenakan ialah 10% keatas barang dagangan mereka. [21]

Baitulmal
Hailani Muji Tahir didalam bukunya Baitul Mal : Institusi Kewangan Negara Islam, menjelaskan bahawa institusi kewangan Islam Dalam bentuk Baitul Mal secara rasmi dtubuhkan pada zaman pemerintahan Umar. Ini tidak pula beerti bahawa dizaman Rasulullah dan Abu Bakar tidak terdapat sebarang institusi kewangan. Sebenarnya ecara tidak rasmi institusi kewangan dalam bentuk baitul mal telah wujud dizaman Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar. Tetapi Baitul Mal dalam erti kata yang sebenarnya belum lagi wujud kerana hasil negara Islam belum berkembang. [22]

Dimana kita dapati sumber pendapatan negara dalam bentuk zakat, jizyah dan lain-lainya tidak disimpan lama. Dalam erti kata lain pendapatan negara Islam dizaman
Rasulullahs.a.w. dan Abu Bakar dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada lebihan. Inilah faktor terpenting mengapa institusi kewangan dalam bentuk. Baitul Mal tidak timbul dizaman mereka. [23]Pengluasan jajahan takluk Islam begitu mendadak sekali dizaman Umar disegenap penjuru alam. Implikasi dari penaklukan ini mendatangkan hasil dalam bentuk wang. Bagi melicinkan pentadbiran negara Islam cadangan telah dikemukakan oleh Khalid bin Walid kepada Umar agar menubuhkan satu institusi kewangan negara yang bertanggungjawab menguruskan harta negara Islam. Pada masa itu perbendaharaan ini dikenali sebagai diwan dan khazanah yang kemudianya dikenali sebagai Baitul Mal.

Institusi Baitul Mal kemudianya berkembang luas sehingga setiap wilayah Islam menubuhkan Baitul Mal sendiri sebagai cawangan Baitul Mal yang yang berpusat diMadinah. Sejak itulah Baitul Mal berfungsi sebagi agen yang menguruskan harta negara Islam dan membelanjakan untuk kepentingan rakyat dan negara Islam selaras dengan akidah, syariah, dan akhlak. [24]

Tamadun Islam Di Zaman Nabi s.a.w.

TAMADUN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

Pengenalan Kepada Sejarah Islam
Wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad sewaktu 40 tahun. Sejarah Islam yang lama telah menceritakan bahawa pada satu malam dalam bulan Ramadhan, Malaikat Jibril telah datang kepada Muhammad semasa baginda sedang tidur dalam sebuah gua bernama Hira' dan berkata: "Bacalah!" Muhammad berasa keberatan dan sebanyak 3 kali Malaikat tersebut hampir merimaskan Muhammad sehingga baginda berkata: "Apa yang hendak dibaca" Kemudian malaikat berkata: "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, Dia yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya".Ini ialah perkataan Arab yang bermaksud "bacalah", dan digunakan untuk menggambarkan kitab yang mengandungi wahyu-wahyu yang dipercayai oleh umat Islam bahawa diturunkan oleh Allah untuk Muhammad1[1]. Selepas wahyu yang pertama, Muhammad menerima banyak lagi wahyu, yang kemudiannya disebarkan kepada para penduduk di tempat kelahirannya. Dia menyeru mereka untuk membuang kepercayaan dan perbuatan mereka menyembah berhala-berhala dan mempercayai Tuhan yang yang esa dan universal. Muhammad dilahirkan di sebuah kawasan lembah di Makkah yang bernama Hijjaz di Barat Arab pada tahun 571 M. Pada ketika itu, semenanjung Arab berada pada margin dunia yang bertamadun, iaitu empayar Byzantin dan Parsi tetapi tidak mengarah kepada keduanya. Di bahagian barat daya, kawasannya adalah lembah yang subur, pertanian dan pembandaran membangun sejak zaman dahulu lagi. Namun begitu, bahagian yang paling penting di Tanah Arab termasuk tanah gurun yang gersang, ditambah pula dengan kolam-kolam air dan dilintasi dengan beberapa jalan untuk kafilah-kafilah. Kebanyakan populasi di sana ialah golongan nomad yang memelihara binatang ternakan, menyerang kaum yang bersaing dan penduduk di kawasan lembah dan sempadan kawasan mereka. Sesetengahnya hidup dengan bercucuk tanam, di beberapa kawasan yang sesuai. Ada juga yang menjalankan aktiviti perdagangan apabila terdapat acara-acara di luar kawasan yang menyedarkan tentang minat dalam laluan perdagangan trans-Arabian2. Terjadinya semula konflik antara Byzantin dan Parsi, sikap angkuh sesama kaum di Timur Tengah., selepas lebih satu abad dalam keadaan aman, tiba masanya kedua empayar menjadi sangat aktif dalam dan berhampiran Arab semasa abad ke-6. Beberapa bandar kecil terletak dalam kesesakan yang berlalu melepasi Arab, antara dunia Mediterranean dan Timur. Satu daripada bandar-bandar ini ialah Makkah, asalnya ditubuhkan oleh orang Arab selatan, kemudian didiami oleh kaum Arab berbangsa Quraisy. Penduduk-penduduk semenanjung Arab mempunyai literasi bahasa yang biasa dan kaya dengan puisi-puisi, yang membantu mereka membina identiti mereka. Tetapi mereka tidak mempunyai peraturan politik sendiri dan kepercayaan mereka tentang agama masih keliru, menyembah banyak tuhan yang mereka percaya berada di bawah suatu kuasa yang agung dipanggil Allah. Mereka diperkenalkan dengan agama-agama lain, terdapat koloni Kristian dan Yahudi. Sesetengah orang Arab bertukar agama seperti agama mereka. Selebihnya menjadi tidak puashati dengan penyembahan berhala oleh kaum mereka tetapi mereka tidak juga berpuashati dengan kepercayaan Kristian dan Yahudi. Mereka dikenali secara tradisi Arab sebagai Hanif.
Seruan Muhammad di Makkah mula mendapat perhatian, pada mulanya dari kaum keluarganya sendiri, kemudian menjadi kumpulan yang lebih luas. Selepas beberapa lama, mereka mendapat penentangan daripada kaum mereka yang mendakwa bahawa Muhammad membawa seruan yang menentang kepercayaan dan minat mereka. Tekanan dalam pelbagai bentuk dan penyiksaan secara fizikal digunakan ke atas pengikut-pengikut Muhammad untuk melemahkan pegangan mereka. Hubungan antara Nabi Muhammad dan penduduk setempat menjadi semakin buruk sehingga sesetengah pengikutnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Ethiopia.
Pada tahun 622 M, kira-kira 13 tahun selepas kenabian, Muhammad telah membuat perjanjian dengan wakil dari Yathrib, sebuah bandar lain di Hijaz iaitu kira-kira 280 batu ke utara Makkah. Penduduk Yathrib bersetujuan menyambut kedatangan Muhammad di kalangan mereka, menjadikannya sebagai pengadil dan untuk mempertahankannya dan para pengikut lain dari Makkah sepertimana mereka dapat mempertahankan diri mereka. Muhammad telah menghantar 60 keluarga dari Makkah yang telah menyertainya ke Yathrib. Muhammad sendiri akhirnya telah mengikuti mereka pada September 622.
Di Makkah, Muhammad telah menyeru sendiri tentang kepercayaan baru, menentang pemerintah yang tidak mengambil hirau tentang seruannya dan memusuhinya. Di Madinah, Muhammad adalah ketua negara yang pertama, kemudian menjadi pentadbir dan mewujudkan kuasa politik dan ketenteraan serta keagamaan. Peranan yang baru ini adalah digambarkan dalam pengajarannya dan aktiviti-aktiviti Muhammad sendiri, juga dalam bentuk wahyu yang perolehi untuk memimpin masyarakatnya. Ayat Makki’ah dalam al-Quran, menekankan tentang persoalan etika fahaman manakala ayat Madan’iah membicarakan tentang perkara-perkara politik dan undang-undang, berdasarkan masalah yang berlaku setiap hari dalam masyarakat Islam yang menjadi negara Islam selepas penghijrahan3.
Selama 10 tahun selepas Hijrah, Rasulullah telah meneruskan ke atas masyarakat Islam dengan peperangan dan memimpin mereka pada tahun 630. Makkah telah ditakluk dan dibawa ke dalam jajahan Islam. Pada 8 Jun 632, Rasulullah telah meninggal dunia selepas mengalami tempoh sakit yang pendek. Dia telah berjaya membuat pencapaian yang hebat. Dia telah membawa agama Islam yang suci dan tinggi darjatnya kepada penduduk barat Arab.Dia juga membawa kepada orang-orang yang beriman kitab yang mengandungi wahyu yang kekal sehingga akhir zaman sebagai panduan hidup umat Islam. Rasulullah juga telah mewujudkan komuniti baru dan negara baru yang tersusun, mempunyai sistem ketenteraan yang baik, kuasa dan prestij yang menjadi faktor yang terkenal di Tanah Arab.



ISTILAH-ISTILAH TAMADUN.
Perkataan tamadun telah menjadi satu istilah lumrah yang diguna pakai oleh golongan tertentu. Namun begitu, ada para sarjana menggunakan istilah-istilah lain yang seerti dengan tamadun. Istilah-istilah tersebut akan dikemukan ia;
Menurut Bahasa Arab:
Istilah Umran. Perkataan umran berasal dari kata akar "amara"4. Ianya di kemukakan oleh Ibnu Khaldun yang memberi pengertian bahawa kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur, di sebalik kawasan kering atau terbiar. (Zakaria Hashim Zakaria th.1970) Di samping istilah diatas, Ibnu Khaldun juga telah menggunakan istilah Hadharah. Berasal dari kata "hadara", "yahduru", "hadratan" yang memberi maksud suatu wilayah yang mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam di kalangan mereka apabila dibentuk kehidupan bernegara dengan kota pertahanannya serta kehidupan secara kolektif yang tersusun. ('Uthman El Muhammady, th. 1989) Menurut Malek Ben Nabi dalam Abd. Latif Muda (1983) mengatakan bahawa istilah hadarah mengandungi dua pengertian iaitu:




Pengertian secara objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke generasi dalam sesuatu masyarakat.

Pengertian secara subjektif iaitu suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas.
Walau pun kedua-dua istilah tersebut nampak perbezaan maksud dan huraian tetapi menurut M.A.J Beg mengatakan bahawa perkataan umran dan hadarah adalah boleh dipadu bersama.

Istilah Madaniah. Istilah ini di ambil dari kata akar "madinah" yang bermaksud "bandar". Ianya wujud pertalian erat dengan perkataan inggeris "civilization" yang bermaksud "tamadun muncul berkembang di bandar-bandar". Istilah ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana pada abad ke 20 yang bernama Farid Wajdi mengatakan bahawa Madaniah ialah suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan, dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. (M.A.J. Beg) .



Istilah Tamadun. Menurut kamus Dewan Edisi Baru (1989) mengatakan bahawa tamadun itu adalah suatu keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik, dan yang tinggi peradabannya.

Istilah ini juga diutarakan oleh Jurji Zaidan, di mana mengatakan bahawa tamadun itu ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu sistem rekod-rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis. (M.A.J.Beg. th. 1987:7) .Menurut Uthman El Muhammady mengatakan bahawa perkataan istilah "tamadun" ialah berasal dari kata "maddana" yang bererti membina sesuatu bandar atau sesuatu kota, atau seorang/ masyarakat yang mempunyai peradaban. Justeru itu perkataan "madinah" yang berasal dari mufrad "dana" bererti meminjam/ berhutang. Jika dari kata "din" bererti kalimat agama. Syarak bahawa tamadun itu ialah mencerminkan aspek penduduk kota yang memiliki masyarakat yang tersusun dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Ia maju kehadapan dari segi kebendaan berbanding dengan hidup sederhana di kalangan orang Arab Badwi.

TAMADUN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH
ASAS-ASAS TAMADUN.Kecemerlangan ketamadunan seseorang atau ummah tidak akan terlaksana, jika tidak dipraktikkan dengan asas-asas pembinaan tamadun5. Asas-asas pembinaan tamadun Islam amat berbeza dengan kebudayaan dan peradaban lain kerana Islam meletakkan Al-Qur'an dan Al Sunnah sebagai sumber utama. Oleh itu asas-asas yang dimaksudkan di sini adalah seperti berikut:

Keteguhan Akidah.

Mengaplikasikan Hukum-Hukum Allah (Syariah) .

Pembentukan Aklak yang Mulia
Selain daripada tiga asas tamadun Islam yang menjadi perioriti utama dalam bab perbahasan Islam dan zaman kegemilangannya seperti yang dijelaskan, Antara lain yang boleh menjadikan ianya sebagai pelengkap bagi asas tamadun Islam adalah:Menanamkan Pendidikan keimanan.
Para ibubapa hendaklah mengasuh, mengasah, mengasih dan menanamkan kepada anak-anak mereka kefahaman tentang Islam, terutama dari segi akidah, ibadah dan akhlak sejak ia mula membesar. Kemudian membiasakan pula mereka mempraktikkan asas-asas pengajarannya. Akhirnya anak-anak itu beransur-ansur memperolehi kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
------------------------------
5 tamadun islam;dewan bahasa dan pustaka;hal.223
Panduan atau cara-cara melaksanakan kefahaman pendidikan keimanan kepada anak-anak adalah berdasarkan pesanan dan ajaran yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w kepada ummah sejagat, antara lain:

-Memulakan pengenalan kalimah ke Esaan Allah dengan cara mengazankan anak yang baru lahir di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.

-Menyuruh anak-anak melakukan ibadah solat ketika mereka masih kecil lagi iaitu dalam lingkungan usia tujuh tahun.

-Memperkenalkan hukum-hukum Islam tentang halal dan haram bila anak-anak telah mencapai pertumbuhan akal.

-Mendidik anak-anak supaya mencintai Rasulullah s.a.w dan keluarganya serta membiasakan diri membaca Al-Qur'an
Keharmonian Dalam Keluarga.Islam amat menitik berat tentang pendidikan dalam intstitusi keluarga. Institusi ini sebagai wadah pertama dan utama bagi seseorang menerima pendidikan sebelum dilanjutkan atau dikembangkan dalam institusi-institusi lain, seperti institusi peringkat sekolah, pengajian tinggi, masyarakt dan seumpamanya. Ibubapa adalah sebagai pemegang amanah terhadap pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga. Mereka wajib membina dan membentuk cara hidup ahli keluarga berlandaskan ajaran Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat serta menghindari dari azab neraka.
Sehubungan dengan itu, jika ibubapa gagal melaksanakan tanggungjawab dalam pendidikan terhadap anak-anak, maka akan terserahlah generasi yang jauh terpesong daripada ajaran Al Qur'an yang sebenar. Nanti mereka tidak akan mengenal siapakah Pencipta Alam ini, mereka selalu tunduk kepada pangkat, melakukan pekerjaan bukan kerana Allah SWT, menjadi hamba kepada harta, dan menjadi tuan kepada





































































































































hawa nafsu, malah yang lebih mengerikan lagi iaitu, sanggup menukar agama Islam.Untuk menghindari dari perkara tersebut, maka institusi keluarga haruslah dibina di atas landasan yang kukuh dan kaedah-kaedah yang telah di ajarkan oleh Islam melalui Al-Qur'an, Al Hadis, dan nasihat oleh para Alim Ulamak, dengan kata lain, kedua ibu bapa perlu mewujudkan kerjasama dalam mendidik anak-anak, terutama pendidikan keimanan iaitu mengaplikasikan kaedah-kaedah mendidik dengan cara menunjukkan keteladanan dalam segala aspek kerana meraka adalah model yang sangat hampir kepada anak-anak untuk ditirunya.Melaksanakan Tugas Sebagai Khalifah.Revolusi secara besar-besaran yang dilakukan Rasulullah s.a.w telah terlaksana dengan jayanya dan terbukti bahawa negara telah menjadi aman damai serta ummah dapat mengecap kenikmatan kecemerlangan hidup, di samping
kesyukuran terhadap Allah SWT. Keistimewaan ciptaan manusia berbanding dengan makhluk yang lain telah dijelaskan dalam Al Qur'an, terutama menduduki kerusi Khalifah (Pemimpin) . Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al An'aam, ayat 165 sebagai berikut:Pengertiannya:"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk menguji kamu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhan amat cepat siksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."Maksud khalifah ialah menjadi pemimpin di lokasi tertentu sahaja iaitu "di dunia yang fana ini", bukan di alam sejagat, apatah lagi di akhirat. Jadi perkataan "Khalifah" boleh diertikan kepada "Wakil" untuk menerima mandat dari pentadbir yang tertinggi iaitu "Allah SWT"Kewajipan yang pertama dan utama sebagai "wakil" harus menyedari bahawa hendaklah memastikan tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu berakauntabiliti dan beramanah. Sebagai Khalifatullah (wakil Allah) yang bertanggungjawab untuk memimpin dunia sejagat, tanpa mengenal perbezaan ras dan etnik, tidak memperjuangkan suku dan bangsa tertentu, perbezaan warna kulit dan seumpamanya. Di samping itu mereka tidak boleh berfikiran sempit dan individualistik dalam mengambil tindakan sesuatu perkara kerana semua yang dijadikan Allah SWT perlu diketahui oleh tiap-tiap individu dan saling kenal mengenal di antara mereka.Dalam menjalankan sesuatu tugas, maka khalifah hendaklah menangani sesuatu masalah yang bersangkutan dengan rakyat secara berhati-hati dan ditanamkan semangat kasih sayang. Jika perlu diambil tindakan, maka lakukanlah secara adil sebagaimana model yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Jika negaraku diserang musuh, maka akulah orang yang berada di barisan hadapan. Jika rakyatku mengalami kelaparan, maka akulah orang yang pertama merasainya. Jika anakku Fatimah mencuri, maka nescaya akulah orang yang akan memotong tangannya".
Dan seumpamanya. Jadi dengan secara langsung atau tidak langsung. Islam mengajar kepada ummahnya bahawa orang yang membawa undang-undang dan rakyat yang menerimanya adalah sama-sama patuh kepada undang-undang tersebut ada maruah dan berjalan dengan adil serta rakyat keseluruhannya dapat mengecap ketamadunan sejagat dan seluruh aspek kehidupan.Setiap individu dewasa ini sebagai mewarisi pemimpin yang terdahulu. Mereka juga tidak boleh mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang dikatakan "Amanah". Maksudnya ialah kepercayaan, teguh memegang janji, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Dengan kata lain bahawa amanah itu "mendatangkan rezeki-dan pecah amanah (khianat) ialah mendatangkan kefakiran". Pada dasarnya amanah terbahagi kepada tiga ketegori, iaitu:
1.

Amanah terhadap Allah dan Rasul.


Maksud di sini ialah bertanggungjawab dengan sepenuh hati dalam mentaati semua suruhan dan menjauhi segala laranganNya, di mana-mana dan bila-bila masa, terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Anfal, ayat 27 sebagai berikut:


Pengertiannya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."
2.

Amanah terhadap diri sendiri.


Maksud amanah dalam kategori ini ialah setiap individu muslim pasti memelihara seluruh pancaindera mereka, agar ianya boleh berfungsi untuk memberi kemanfaatan dan kecemerlangan pada dirinya sendiri sebagai hamba Allah yang tulin, sebagai contoh:


Pancaindera mata : memastikan melihat perkara-perkara yang benar dan baik.


Pancaindera mulut: Memastikan mengeluarkan kata-kata yang elok didengar.
Pancaindera telinga: Memastikan mendengar perkara-perkara yang diizinkan agama.
Pancaindera tangan: Memastikan membuat perkara-perkara disukai Allah.
Pancaindera kaki: Memastikan berjalan ketempat yang diredhaiNya.
Apa sahaja yang dilakukan oleh manusia semasa hidup di dunia ini melalui pancaindera, maka semua pancaindera tersebut akan memberi saksi kepada Allah SWT di akhirat kelak, sebagaimana firmanNya dalam surah Fushshilat, ayat 22 sebagai berikut:Pengertiannya:"Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu, bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan."
3.

Amanah terhadap manusia.


Amanah seperti ini termasuk dalam kategori sosial, Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:


Amanah yang bersifat peribadi. Setiap individu mempunyai amanah dalam lingkungan keluarga, masyarakat dan lingkungan pekerjaan seperti: dia sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama berperanan sebagai seorang pegawai, pensyarah, kerani, dan seumpamanya. bagi mereka ini, harus berhati-hati jangan mengabaikan di antara satu sama lain.


Amanah yang bersifat kepentingan umum. Sebagai contoh: seorang Hakim di Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya, tidak mempengaruhi fahaman mana-mana politik, pilih kasih, tidak pandang bulu dan seumpamanya.


TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
ZAMAN KEGELAPAN MASYARAKAT ARABSemananjung Tanah Arab penuh dengan huru-hara sebelum kedatangan Islam. Mayarakat Arab hidup dalam keadaan mundur dan penuh kejahilan.
Bagi masyarakat Arab, zaman tersebut dianggap zaman kegelapan. Zaman tersebut dikenali sebagai Zaman Jahiliyah. Semenjak runtuhnya Empangan Maarib pada tahun 300 Masihi, zaman sehingga turunnya al-Quran pada tahun 610 Masihi. Nilai moral dan agama masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah berada pada tahap yang paling rendah. Keadaan ini berlaku kerana tiadanya nabi dan kitab suci sebagai petunjuk dan panduan hidup. Mereka mempunyai kepercayaan animisme seperti pemujaan bulan, matahari, bintang, api dan unsur alam yang lain. Berjudi, bahiliyah bermula eriba, minum arak dan berzina merupakan cara hidup orang Arab.Kaum wanita dipandang rendah oleh mereka. Demi menjaga maruah dan kepentingan hidup, mereka sanggup membunuh anak perempuan sendiri. Kerajaan Arab tidak mempunyai sistem pemerintahan pada masa tersebut. Individu adalah struktur paling asas masyarakat Jahiliyah. Diikuti dengan unit keluarga yang tinggal di dalam satu khemah.
Satu kumpulan pula dibentuk dengan beberapa buah khemah. Satu kaum dibentuk dengan beberapa buah kumpulan dan satu perkhemahan dibentuk dengan beberapa buah kumpulan.
Fahaman asabiah dan sistem berkabilah iaitu setiap ahli kabilah perlu mempertahankan ahli-ahlinya daripada diganggu oleh ahli-ahli kabilah yang lain.
Majlis Kabilah dipunyai oleh setiap kabilah yang dianggotai oleh ketua-ketua kaum yang bergelar syeikh. Peperangan sesama sendiri untuk mempertahankan kepentingan kumpulan masing-masing berlaku disebabkan oleh keadaan tersebut. Dari segi ekonomi pula, masyarakat Arab mengmalkan sistem tukar barang. Kegiatan ekonomi ini tidak dijalankan dengan adil. Golongan yang lemah dan miskin ditindas oleh kaum yang kuat dan kaya. Akibat persaingan perdagangan antara pemimpin-pemimpin Quraisy yang tinggal Mekah, persengkataan ini berlaku. Sumber pendapatan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah ialah rampasan dan rompakan yang dianggap mulia. Riba dan mengambil untung lebih juga diamalkan oleh mereka. Dari segi sosial pula, kebanyakan masyarakat Arab Jahiliyah adalah buta huruf. Mereka tidak mewarisi ilmu nenek moyang mereka menyebabkan mereka tidak boleh membaiki Empangan Maarib yang telah runtuh. Pertahanan kabilah daripada kabilah-kabilah lain juga dipentingkan oleh mereka. Sistem perhambaan abdi juga diamalkan oleh mereka. Pada zaman Jahiliyah, nilai akhlak masyarakat adalah amat buruk.






NABI MUHAMMAD PENYINAR TAMADUN
Pengasas agama Islam dan satu tamadun baru sebagai penyinar hidup manusia di Tanah Arab ialah Nabi Muhammad S.A.W. Pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah iaitu 20 April 570 Masihi, Nabi Muhammad dilahirkan. Muhammad bin Abdullah ialah nama penuh baginda. Baginda berasal daripada salah satu suku kaum dalam kabilah Quraisy iaitu keturunan Bani Hayim. Abdullah bin Abu mutalib merupakan bapa baginda yang telah meningal dunia ketika baginda masih dalam kandungan. Beberapa orang tokoh daripada keluarga baginda yang telah mendidik baginda ialah:
-ibunya-Aminah bt. Wahab
-atuknya-Abdul Mutalib
-bapa saudaranya-Abu Talib
Baginda telah digelar al-Amin kerana baginda mempunyai sifat terpuji seperti amanah dan berbudi pekerti. Baginda telah berkahwin dengan seorang peniaga, Siti Khadijah bt. Khuwailid ketika berumur 25 tahun. Baginda adalah seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Kebolehan dan kecekapan sebagai seorang peniaga telah ditunjukan oleh baginda ketika berniaga di negeri Syam. Baginda telah dapat menyelesaikan mesalah perbalahan antara ketua-ketua kaum Quraisy atas peristiwa perletakan Hajar Aswad ketika berumur 35 tahun.
Baginda terkenal sebagai seorang hakim yang adil dan pentadbir yang pintar selepas peristiwa tersebut. Pada bulan Jun 326 Masihi atau 12 Rabiulawal tahun 11 hijrah baginda telah wafat. Nabi Muhammad sering pergi ke Gua Hira' selepas perkahwinan baginda untuk bertapa (mengasingkan diri ditempat yang sunyi) dan beribadat serta berfikir tentang soal ketuhanan. Semasa baginda berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah pada hari Isnin 17 Ramadan (6 ogos 610 Masihi) . Baginda telah dipilih segai seorang Rasul Allah dan Nabi dengan penurunan wahyu pertama itu. Baginda diutuskan bertujuan untuk:
-untuk memberitahu masyarakat Arab bahawa Tuhan itu satu dan tiada Tuhan lain yang berhak disembah melainkan Allah.
-Untuk membasmi kejahilan masyarakat Arab.
Dengan turunnya wahyu pertama:
-bermulalah agama baru yang diberi nama Islam yang bermaksud menurut perintah Allah.
-Tamat Zaman Jahiliyah.
-Bermula era baru yang dikenali sebagai Zaman al-Quran.
Surah al-'Alaq merupakan wahyu pertama diterima oleh baginda yang meyatakan bahawa penetahuan membaca dan menulis adalah asas dalam pendidikan Islam.
Manusia memperoleh ilmu pengetahuan menerusi membaca dan menulis. Manusia dapat maju dan membina tamadun yang lebih tinggi dengan ilmu pengetahuan yang cukup. Beberapa bulan kemudian, baginda menerima wahyu kedua di Bukit Nur berhampiran dengan Makkah. Nabi Muhammad dilantik memjadi Rasul dan diperintahkan menyebarkan agama Islam di Makkah. Mereka yang menerima Islam pada peringkat awal ialah daripada kaum keluarga baginda iaitu:
-Siti Khadijah r.a
-Ali bin Abi Talib k.w
-Abu Bakar al-Siddiq r.a
-Uthman bin Affan r.a
Agama islam telah disebarkan di Makkah selama 13 tahum oleh baginda.
Kaum musyrikin Quraisy menentang usaha penyebaran agama Islam dan ramai pengikut baginda diseksa. Baginda mengarahkan penikut baginda berhijrah ke Habsyah pada 615 Masihi. Baginda kemudian berhjrah ke Thaif lima tahun kemudian. Penduduk setempat telah bekerjasama dengan kaum musyrikin Makkah untuk menentang baginda. Mayarakat Quraisy tidak mahu menghapuskan kepercayaan dan amalan yang diamalkan ole nenek moyang mereka sejak turun temurun. Baginda mengambil keputusan untuk berhijrah ke Yathrib bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq serta sahabat-sahabat yang lain. Penghijrahan itu berlaku pada 1 Rabiulawal (12 september 622 Masihi) . Perubahan besar telah berlaku bagi Tanah Arab dengan peristiwa tersebut, iaitu:
-hijrah menandakan permulaan tahun hijrah dalam kelendar Islam.
-Nama kota Yathrib ditukar menjadi Madinah atau bandar Nabi.
Satu perjanjian telah dibuat oleh bagida diantara kaum Aus dan Khazraj di Madinah.
Perjanjian itu berlaku dalam dua peringkat di Aqabah.
Sebanyak 12 orang kaum Aus dan Khazraj dilantik untuk menyebarkan agama Islam di Madinah menurut kedua-dua perjanjian itu. Dengan itu Madinah dijadikan tapak penyebaran agama Islam yang baru.


PERUBAHAN SELEPAS HIJRAH
Perkembangan Agama Islam
Kegiatan dakwah telah disekat sebelum hijrah. Amalan ibadat tidak dapat dilakukan secara terang. Orang Islam dapat melakukan ibadat secara terang selepas hijrah tanpa sebarang halangan. Nabi Muhammad telah membina sebuah masjid iaitu masjid al-Nabawi bagi menegak dan menyebarkan agama Islam. Masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat aktiviti orang islam. Menyatupadukan dan menjalin persaudaraan antara orang Islam juga menjadi peranan masjid.
Pembentukan Negara Islam
Orang Arab hidup berpecah belah sebelum hijrah disebabkan amalam konsep asabiyah dan sistem berkabilah. Seluruh mayarakat Arab disatukan di bawah satu akidah yang berasaskan keimanan terhadap Allah s.w.t selepas hijrah. Orang Muhajirin dan Ansar telah dipersaudarakan oleh Rasulullah. Puak Aus dan Khazraj juga disatukan menjadi Ansar. Dengan itu, sebuah negara Islam telah dibentuk oleh Rasulullah di Madinah. Di Madinah, pemerintahan Islam adalah berasaskan lunas-lunas kemanusiaan dan keadilan yang dilanjurkan oleh al-Quran. Undang-undang syariah Islam dilaksanakan sepenuhnya:
-semua rakyat mendapat hak perlindungan yang sama
-kaum wanita mendapat status yang sewajarnya
-tiada lagi penindasan kaum kaya dan miskin atau antara yang kuat dan yang lemah

Piagam Madinah atau Sahifah telah dibentuk oleh Rasulullah.
Tujuannya adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil, stabil dan maju. Undang-undang kerajaan Islam Madinah adalah berasaskan wahyu dan dijadikan dasar Piagam Madinah. Piagam ini merujuk kepada kanun dan perjanjian bertulis tentang hak dan tangggungjawab pemerintah dengan orang yang diperintah. Masyarakat berbilang kaum dan agama di Madinah dianggap sebagai satu ummah di bawah piagam tersebut. Mereka mesti menegakkan keadilan, membanteras kezaliman dan bekerjasama mengukuhkan ekonomi negara. Pemimpin ummah dan negara Madinah ialah Nabi Muhammad s.a.w.
Mempertahankan Maruah dan Hak
Agama Islam adalah agama damai. Islam mmbawa erti perdamaian. Umat Islam dilarang melakukan permusuhan dan paksaan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Penyebaran agama Islam dilakukan secara aman. Rasulullah tidak memaksa sesiapa memeluk agama Islam. Bilal bin Rabah, Salman al-Farisi dan Umar al-Khattab merupakan tokoh yang memeluk Islam dengan rela hati. Ekspidisi tentera telah disertai oleh Rasulullah untuk mempertahankan dan menegakkan keadilan Islam.
Antara peperangan penting ialah:
-Perang Badar tahun 623 Masihi
-Perang Uhud tahun 624 Masihi
-Perang Khandak tahun 625 Masihi
-Perang Tabuk tahun 630 Masihi
Perang Badar
-Rasulullah berperang dengan kaum Quraisy Mekah yang menentang dan mengancam penyebaran agama Islam
-Pihak Islam telah menewaskan kaum Quraisy
-Kepercayaan terhadap agama Islam bertambah kuat dan umat Islam bersatu-padu
-Pengaruh kaum Quraisy semakin merosot
Perang Uhud
-Peperangan dilancarkan oleh kaum Quraisy terhadap umat Islam untuk menebus kesalahan mereka
-Kaum Quraisy telah menang
-Mereka berperang untuk menghapuskan agama Islam
Perang khandak
-Berlaku disekitar kota Madinah
-Kaum Quraisy bergabung dengan puak-puak lain untuk menumpaskan agama Islam
-Pihak Islam telah dapat menumpaskan kaum Quraisy
-Pengaruh kaum Quraisy semakin merosot
Perang Tabuk
-Ia merupakan perang teakhir yang disertai oleh Rasulullah
-Ia berlaku diluar kota Madinah
-Pihak Islam dapat menumpaskan orang bukan Islam

Baginda telah pergi menunaikan fardu haji bersama 100, 000 orang pengikutnya. Pada masa yang sama, baginda telah menyampaikan amanat yang terakhri. Dalam amanat tersebut, baginda telah menyeru umat Islam supaya berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu al-Quran dan Sunnahnya. Hikmah perjuangan Rasulullah ialah supaya umat Islam berikhtiar untuyk mencapai kejayaan. Apabila Perjanjian Hubaibiah dimeterai pada tahun 625 Masihi, umat Islam mencapai satu kejayaan yang besar.
Dengan ini, negara Islam telah diikftiraf. Kemudian dengan pembukaan kota Makkah pada tahun 630 Masihi. Rasulullah dengan 10, 000 orang pengikutnya telah memasuki kota Makkah dan meruntuhkan 360 buah berhala. Akidah orang Islam dan mewujudkan sebuah masyarakat berilmu, insaf dan bertawakkal telah berjaya di bentuk. Tugas baginda telah disambung oleh 4 orang khalifah yang berkaliber:
-Abu Bakar al-Siddiq r.a
-Umar bin al-Khatab r.a
-Uthman bin Affan r.a
-Ali bin Abi Talib k.w
Zaman pemerintahan khalifah adalah penting dalam sejarah Islam dan dinamakan Zaman Khalifah al-Rasyidin.
 

No comments:

Post a Comment