TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA, KERANA ILMU ITU PELITA HIDUP

Wednesday 18 April 2012

RPH PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5


               RANCANGAN PELAJARAN HARIAN  PENDIDIKAN ISLAM 

Tarikh                      : 15 /04/2012    (Ahad )                                Masa :  8.30-9.30  pagi
Kelas                        :    5 Wira  
                                                   Bil. Pelajar  :  37  Orang  
Mata Pelajaran      :   Pendidikan Islam
Tajuk                        :  Solat Jumaat
                              ( Pengertian dan Hukumnya )
Objektif                   :   Pada akhir pelajaran murid dapat :
                                 :   Murid dapat menyatakan hukum solat Jumaat di masjid
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid pernah melakukan solat Jumaat 
dimasjid  
                                                   
Konsep    : Mengetahui erti Solat Jumaat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Solat Jumaat
Bahan      : Gambar Khatib membaca Khutbah, Carta lafaz niat Solat Jumaat dan lambaran kerja
Nilai         : Menghubungkan Silaturrahim melalui ibadat Solat Jumaat
                 : Istiqamah dalam menunaikan ibadah
Kemahiran   : a. Kognitif – murid dapat menyatakan maksud Solat Jumaat
                        b. Psikomotor – Murid  dapat melakonkan sebagai Khatib membaca Khutbah
                        c. Sosial – Murid merasa bertanggungjawab ketika menunaikan Solat Jumaat
Langkag/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Aktiviti  Guru
Aktiviti Murid
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
-Kaset / CD Khutbah Jumaat
Soal jawab dengan murid
- Guru memperdengarkan kaset / CD Khatib berkhutbah
Guru bersoaljawab dengan murid
: Apakah yang kamu dengar daripada kaset tadi.
: Apakah yang membezakan khutbah dan syarahan
-Murid memerhati dan mendengar kaset / CD yang dimainkan
Beberapa orang murid menjawab soalan yang dikemukakan
-Murid menjawab perbezaan khutbah dengan syarahan

Langkah  1
( 15 minit )

-Pengertian dan                       
hukum solat Jumaat
-Dalil wajib Solat Jumaat





- Guru meminta murid membaca pengertian hukum Solat Jumaat serta dalil naqli.

-Guru meminta murid menulis semula pengertian Solat Jumaat serta hukumnya.

-Guru meminta murid membuat peta minda berdasarkan pengertian, hukum dan dalil wajib Solat Jumaat.
Murid membaca pengertian Solat Jumaat yang dipaparkan melalui carta.

Murid menyebut hukum Solat Jumaat serta membaca dalil naqli.

Murid mencatat pengertian Solat Jumaat dan mencatat hukum Solat Jumaat dengan betul.

Murid mula melakar peta minda seperti yang diarah oleh guru.
Kemahiran berpusatkan murid dan individu.







Langkah 2
(15  minit )


















Langkah 3
(15 minit )

-Syarat Wajib Solat Jumaat
1-Islam
2-Lelaki
3-Baligh
4-Berakal
5-Bermastautin
6-Tidak uzur




-Lafaz niat Solat Jumaat






-Sunat sebelum Solat Jumaat

1)Mandi
2)Memotong kuku
3)Berpakaian bersih
4)Memakai bau-bauan
5)Datang awal ke      masjid

6)Solat Sunat Tahiyyul masjid
7)Iktikaf
8)Membaca Al-Quran
9)Bersolawat dan berzikir
-Guru meminta murid menyebut satu persatu syarat wajib Solat Jumaat dengan urutan yang betul dan fasih.

-Guru mengarah murid-murid membuat peta minda berdasarkan syarat wajib Solat Jumaat.


-Guru menyebut lafaz niat Solat Jumaat.

-Lati tubi menyebut lafaz-lafaz niat Solat Jumaat secara kelas,kumpulan dan individu


-Guru membaca carta yang mengandungi perkara-perkara sunat sebelum Jumaat.

-Guru membuat sumbang saran syarat sah solat Jumaat.
-Murid menyebut syarat-syarat wajib Solat Jumaat dengan bimbingan guru.



-Murid sekali lagi membuat peta minda berdasarkan arahan yang diberikan.



-Murid mengikuti sebutan guru.

-Murid menyebut lafaz niat Solat Jumaat seperti yang diarahkan.


-Murid-murid memerhati dan mendengar perkara-perkara sunat yang diterangkan oleh guru melalui carta.

Penutp
(10 minit)




-Pengertian Solat Jumaat
-Hukumnya
-Syarat wajib Solat Jumaat
-Syarat sah
-Sunat-sunat sebelum Solat Jumaat
-Guru membuat kesimpulan dan memastikan murid-murid dapat memahami isi-isi pelajaran dengan baik.
-Simulasi cara membaca Khutbah
-Setelah memahami isi-isi pelajaran, murid menulis dalam buku latihan

-Beberapa orang murid melakukan simulasi cara-cara membaca Khutbah sambil diperbetulkan oleh guru.










Refleksi
Refleksi selepas pengajaran
Saya dapati pengajaran saya hari ini berjalan dengan baik, murid dapat memahami pengertian solat Jumaat  serta syarat sah dan syarat wajib solat Jumaat dengan baik, Cuma ada beberapa murid yang belum dapat membezakan syarat sah dan syatat wajib solat Jumaat dengan baik. Saya akan cuba menggunakan pendekatan yang lain pula bagi membolehkan murid –murid tersebut memahami dengan lebih jelas dan baik.




3

No comments:

Post a Comment